00:00Dan isu laporan akhir RCI Suruhanjaya Siasatan Diraja Berkaitan Tabung Haji berpotensi membentuk persepsi baru dalam kalangan pengundi Melayu Islam
00:08khususnya pendeposit institusi tersebut pada penghujung kempen PRN Negeri Sembilan ini.
00:14Dapatan itu didedahkan dalam kajian persepsi pengundi Negeri Sembilan menjelang PRN oleh IDERC hari ini.
00:22Menurut kajian itu, isu berkenan mempunyai nilai sensitif dalam kalangan masyarakat Islam kerana TH bukan sahaja berkaitan aspek kewangan malah
00:30mempunyai nilai keagamaan dan emosi yang tinggi.
00:33Pada masa yang sama, isu tersebut perlu dinilai berdasarkan kandungan penuh laporan dan tidak digunakan untuk menghukum mana-mana pihak
00:40sebelum proses undang-undang selesai.
00:44IDERC berkata, oleh sebab isu ini muncul pada saat-saat akhir kempen, kesannya mungkin lebih besar terhadap pengundi yang masih
00:51belum membuat keputusan.
00:52Pada Rabu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia JAKIM menerbitkan laporan RCI berhubung siasatan terhadap isu pengurusan dan operasi lembaga TH bagi
01:01tempoh 2014 hingga 2020 setebal 211 halaman.
01:06Dalam pari itu, dapatan survei IDERC menunjukkan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun, mempunyai tiga aset persepsi kepimpinan
01:15utama iaitu dilihat sebagai pemimpin mesra rakyat, mempunyai rekod pentadbiran yang baik serta bebas daripada rasuah dan salah guna kuasa.
01:23Ketiga-tiga ciri berkenaan masing-masing mencatatkan penilaian positif melebih 40% dan menjadi antara kekuatan peribadi Aminuddin yang juga
01:32calon Dewan Undangan Negeri Dunlinggi dalam menghadapi PRN kali ini.
01:36Sementara itu, pertarungan pada PRN Negeri Sembilan masih terbuka dengan survei mendapati sekitar 12 hingga 18% pengundi masih belum
01:44membuat keputusan atau berada di atas pagar.
01:47Analisis kerusi pula menunjukkan persaingan antara blok utama khususnya Pakatan Harapan PH dan Barisan Nasional BN masih sengit terutama di
01:56kawasan yang mempunyai komposisi pengundi campuran dan margin sokongan yang kecil.
02:01Pada masa sama, kerjasama tidak rasmi antara BN dan Perikatan Nasional BN yang dilihat menerusi keadaan kedua-dua blok tidak
02:08bertembung di sesetengah kerusi turut menimbulkan polemik dalam kalangan pengundi.
02:13Kehadiran Parti Peribumi Bersatu Malaysia Bersatu yang sebelum ini berada dalam blok BN dalam pertandingan tiga penjuru di beberapa kawasan
02:22pula berpotensi memecahkan undi BN dan BN.
Comments