00:00Tan Sri Azam Bakir juga menggesa polis menyegerakan siasatan berhubung dakwaan palsu yang mengaitkan dirinya dengan Albert Teh.
00:06Ketika dihubungi Asyrawani, beliau menegaskan beliau tidak pernah bertemu atau berbincang dengan individu terbabit seperti yang didakwa.
00:15Menurutnya, beliau menyerahkan sepenuhnya perkara itu kepada polis untuk menjalankan siasatan serta berharap proses berkenaan dapat disegerakan
00:23demi memastikan orang ramai memperoleh gambaran sebenar mengenai isu terbabit.
00:28Beliau juga tidak mempunyai sebarang kebimbangan berhubung perkara itu kerana yakin fakta sebenar akan terserlah menerusi proses perundangan.
00:38Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datu M. Kumar sebelum ini berkata pihaknya sudah menghubungi Azam dan keterangan beliau akan
00:46direkodkan pada minggu depan.
Comments