Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Pemimpin tertinggi Vietnam, To Lam berkata dunia kini berdepan pelbagai risiko dan ketidaktentuan yang perlu ditangani secara serius oleh setiap negara.
Transcript
00:00Seterusnya, pemimpin tertinggi Vietnam, Tho Lam berkata, dunia kini berdepan pelbagai risiko dan ketidaktentuan yang perlu ditangani secara serius oleh
00:10setiap negara.
00:11Beliau berkata demikian ketika merasmikan Forum Pertahanan Utama Asia, Shangri-La Dialogue pada Jumaat.
00:21Menurut beliau, antara cabaran utama dunia ketika ini, termasuk penghapusan undang-undang serta peraturan antarbangsa,
00:28krisis modal pembangunan serta pertumbuhan ekonomi yang perlahan dan perubahan iklim selain krisis kepercayaan antara negara.
00:37Dialog Shangri-La yang berlangsung setiap tahun di Singapura sehingga ahad menghimpunkan Menteri Pertahanan, Pegawai Kanan Tentera, Ketua Perisikan, Diplomat,
00:47Penganalisis serta pengeluar senjata dari pelbagai negara.
00:51Turut hadir ialah setiap usaha pertahanan Amerika Syarikat, Pete Hexel, bersama wakil dari Australia, United Kingdom, Perancis dan Jepun.
01:02Ucapan utama Lam di Forum berkenaan disifatkan sebagai antara penampilan paling berprofil tinggi oleh pemimpin Vietnam yang kebiasaannya mengambil pendekatan
01:11diplomatik lebih tertutup.
01:13Lam yang dilantik sebagai Presiden bulan lalu, selain memegang jawatan Ketua Parti Komunis Vietnam, kini dianggap sebagai pemimpin paling berkuasa
01:22di negara itu dalam beberapa dekad.
01:24Gabungan dua jawatan tertinggi itu dijangka membolehkan beliau untuk memainkan peranan diplomatik lebih menonjol di peringkat antarabangsa.
01:32Terima kasih.
Comments

Recommended