00:00Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB menegaskan keseluruhan Gaza adalah milik rakyat Palestine.
00:08Penegasan itu adalah susulan kenyataan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, yang mahu memperluaskan kawalan negara itu di wilayah berkenaan.
00:18Jurucakap PBB, Stephanie Dijarid berkata, pihaknya mahu Gaza kekal sebagai wilayah rakyat Palestine selain mengulangi gesaan
00:26supaya Israel berundur dari kawasan yang diduduki melepasi garisan dikenali sebagai garisan kuning.
00:33Menurut beliau, 100% Gaza sepatutnya untuk rakyat Palestine.
00:38Di bawah perjanjian kecata senjata yang dimeterai pada Oktober lalu, tentera Israel sepatutnya menguasai 53% kawasan Gaza.
00:47Bagaimanapun, Netanyahu pada Jumaat memaklumkan Israel akan memperluaskan kawasan kawalan itu kepada peringkat awal sebanyak 70%
00:55namun tidak memperincikan pelaksanaan atau garis masa rancangan tersebut.
01:01Pergerakan Hamas pula menyifatkan kenyataan Netanyahu itu sebagai rancangan pembersihan etnik dan pemindahan paksa rakyat Palestine.
01:08Konflik di Gaza yang tercetus susulan serangan Hamas ke atas Israel pada 7 Oktober 2023 kini memasuki tahun ke-2
01:17dengan kemusnahan besar terus melanda wilayah Palestine itu.
01:21Walaupun gecata senjata telah berlangsung lebih 8 bulan, konflik asas di Gaza masih belum selesai
01:28dengan serangan Israel berterusan, bantuan kemanusiaan yang terhad serta risiko tercetusnya keganasan baru berskala besar.
01:36Israel dilaporkan telah memperluaskan kawasan kawalannya di Gaza daripada 53% kepada sekitar 64%
01:45menerusi zon larangan yang dikongsi dalam peta kepada kumpulan bantuan kemanusiaan.
Comments