Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Iran menegaskan tiada sebarang “persefahaman” muktamad dicapai dalam rundingan berterusan dengan Amerika Syarikat ketika ini.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Iran menegaskan tiada sebarang persefahaman muktamad dicapai dalam rundingan berterusan dengan Amerika Syarikat ketika ini.
00:08Jurucakap Kementerian Luar Iran, Ismail Bagi berkata, Tehran kekal memberi tumpuan kepada usaha menamatkan konflik dan bukannya membincangkan secara terperinci
00:17program nuklear negara itu.
00:21Beliau turut menolak tuntutan barat dengan menegaskan Iran membuat keputusan berdasarkan kepentingan nasionalnya sendiri dan tidak akan menerima bahasa berbentuk
00:31paksaan atau mesti.
00:33Kenyataan itu dibuat ketika Presiden Amerika Syarikat Donald Trump memaklumkan beliau akan membuat keputusan berhubung potensi perjanjian dengan Iran bagi
00:42melanjutkan kejataan senjata antara kedua-dua pihak.
00:45Menurut Trump, perjanjian itu perlu merangkumi pembukaan semula selat hormus serta pelupusan keupayaan Tehran menghasilkan senjata nuklear.
00:54Sumber sebelum ini memaklumkan satu perjanjian sedang dirunding untuk melanjutkan kejataan senjata yang berkuatkuasa sejak awal April selama 60 hari
01:04lagi.
01:04Langkah itu bertujuan membolehkan penghantaran minyak dan gas disambung semula melalui laluan strategik berkenaan sementara rundingan diteruskan terhadap isu rumit
01:15termasuk program nuklear Iran.
Comments

Recommended