00:00Di Pulau Pinang, kemerihan ibadah korban disambut meriah penduduk di flat Kampung Melayu
00:05melibatkan 118 ekor haiwan korban pada hari kedua Aidil Adha.
00:11Acara tradisi itu dilakukan secara gotong royong, penduduk setempat dengan penglibatan ramai anak muda.
00:17Lebih menarik, perkarangan flat itu bertukar menjadi seperti zoo mini yang menempatkan pelbagai haiwan korban
00:24termasuk unta, lembu sado, kerbau, kambing dan biri-biri sehingga menarik perhatian ramai pengunjung termasuk dari luar.
00:34Bagi penduduk setempat, selain menghayati makna sebuah pengorbanan,
00:38mereka juga berpeluang menyaksikan lebih dekat haiwan-haiwan yang jarang ditemukan di bandar.
00:44Hari ini saya datang sini saja bawa anak-anak datang tengok apa ada unta, ada lembu sado dan ada kambing
00:53macam-macam minatang ni.
00:55So untuk sembelian pada tahun ini, so sangat meriah lah dekat sini.
00:59So cuba bawa anak-anak berjalan, sambil jalan tu dapat mereka tengok minatang-minatang yang duduk ada dekat sini lah.
01:08Sembelian semua, lembu, unta semuanya banyak-banyak sini.
01:13Buat besar-besaran kat kampung Melayu ni.
01:17Semua ramai-ramai ada berkat datang ni.
01:19kat Tia pun mahu juga untuk tolong-menolong keteru yang potong lagi ni.
01:25Bula kat Tia seronok sangat lah.
01:27Siapa-siapa yang nak mahu boleh hari ni.
01:31Penganjur program iaitu Datuk Seri Salim Abdul Rahman berkata,
01:35acara itu diadakan di flat tersebut sejak beberapa tahun lalu
01:39dengan mendapat sokongan penduduk setempat daripada pelbagai peringkat usia, terutamanya anak muda.
01:45Pada tahun ini, Salim berkata sebanyak 64 ekor lembu ditumbangkan
01:50selain 39 kambing, 8 unta, 5 biri-biri, serta masing-masing seekor kerbau dan lembu sadu yang beratnya hampir mencecah
01:59satu tan.
02:01Semua itu hampir dekat 100 ekor juga, tapi kita akan agihkan kepada orang susah semua.
02:07Kita cari tujuh orang dan satu rumah yang keluarga susah
02:11ataupun mereka campur untuk kita bagi seekor lembu, mereka buat dan lembu itu diagihkan kepada orang susah semua.
02:18Acara sembelihan bermula pada jam 11 pagi sebelum aktiviti agihan daging,
02:23memasak juada, serta bergotong royong dan jamuan makan sehingga ke sebelah malam.
02:28Namun ada kalau.
Comments