Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
Kelab gergasi Arab Saudi, Al-Nassr melakar sejarah tersendiri apabila berjaya menembusi kelompok 10 kelab bola sepak terbaik dunia bagi kategori jualan jersi terlaris sepanjang musim ini.
Transcript
00:00Kelab Kerkasi Arab Saudi Al-Nasr melakar sejarah tersendiri apabila berjaya menembusi kelompok 10 kelab bola sepak terbaik dunia bagi
00:10kategori jualan jersey terlaris sepanjang musim ini.
00:13Menerusi kajian yang dijalankan oleh agensi penelidikan sukan terkenal Euromerica Sport Marketing, Al-Nasr dilaporkan telah menjual lebih 1.2
00:24juta helai jersey di seluruh dunia seiring dengan kejayaan mereka merangkul kejuaraan Liga Pro Saudi.
00:33Kajian berkenaan mendedahkan lunjakan mendadak jualan jersey kelab berpengkalan di Riyadh itu didorong impak luar biasa Cristiano Ronaldo.
00:41Pengaruh besar Ronaldo menerusi jutaan pengikutnya di media sosial telah mentransformasikan jersey Al-Nasr sebagai ikon pemasaran global sekaligus menarik
00:51minat ribuan peminat dan pengumpul jersey di benua Amerika, Asia serta Australia.
00:57Berdasarkan data yang dikeluarkan Euromerica Sport Marketing, gergasi Spanyol Real Madrid kekal menerajui carta global.
01:04Juara Eropah itu mencatatkan jualan melebihi 3.13 juta jersey hasil daripada daya tarikan komersial barisan bintang mereka termasuk Kylian
01:14Mbappé dan Vinicius Junior.
01:16Tempat kedua menjadi milik FC Barcelona dengan rekod jualan 2.94 juta jersey manakala juara Perancis Paris Saint-Germain PSG
01:25menduduki tangga ketiga dengan 2.54 juta jersey terjual selepas kejayaan mereka merangkul kejuaraan Liga juara-juara musim lalu.
01:35Kelab Jerman Bayern Munich berada di tangga keempat dunia dengan jualan 2.3 juta jersey di ekori rapat oleh Kelab
01:42Amerika Syarikat Inter Miami di kedudukan kelima dengan 2.16 juta jersey.
01:48Gercasi Argentina Boca Juniors menduduki tangga ke-6 1.94 juta diikuti Manchester United 1.85 juta,
01:57Kelab Brazil CR Flamengo 1.6 juta dan Chelsea di kedudukan ke-9 dengan 1.4 juta jersey.
02:05Kejayaan Al-Nasr menduduki tangga ke-10 dunia sekaligus meletakkan mereka di tempat ke-4 dalam kalangan kelab bukan Eropah.
02:12Selain menjadi satu-satunya, kelab dari rantau Arab dan Asia yang berjaya membolosi senara prestij antarabangsa itu dengan mengelepikan beberapa
02:20nama besar bola sepak Eropah.
02:22Laporan kajian tersebut turut menyamakan fenomena komersial Al-Nasr dengan apa yang berlaku dengan Inter Miami apabila lonjakan mereka ke
02:30tangga ke-5 global dipengaruhi secara langsung oleh Lionel Messi.
02:35Terima kasih telah menonton!
02:35Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended