Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun dipercayai bertindak mencederakan dirinya sendiri dengan mengelar leher serta kedua-dua tangan menggunakan pisau dalam kejadian di kawasan Joker Walk di Melaka, Ahad lalu.

Transcript
00:00Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun dipercayai bertindak mencederakan dirinya sendiri dengan mengelar leher serta kedua-dua tangan menggunakan pisau
00:11dalam kejadian di kawasan Jonkewalk di Melaka pada ahad lalu.
00:16Ketua Polis Melaka DCP Dato' Zulhairi Mukta berkata remaja berkenaan disyaki berada di bawah pengaruh Vib Mushroom yang dibekalkan teman
00:26lelakinya yang berusia 17 tahun dipercayai kerana tertekan dihalang ibu angkatnya daripada keluar bersama remaja lelaki berkenaan.
00:37Zulhairi dalam kenyataan memaklumkan pihak polis menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu kira-kira jam 12.15 tengah malam 25
00:46Mei lalu.
00:47Menurutnya, mangsa yang mengalami kecederaan di leher dan kedua-dua lengan kemudiannya dikejarkan ke hospital Melaka untuk mendapatkan rawatan.
00:55Hasil siasatan mendapati, sebelum kejadian, mangsa berada dalam tekanan emosi selepas dihalang ibu angkatnya daripada keluar bersama teman lelaki berusia
01:0617 tahun.
01:07Mangsa kemudian bertindak mencederakan diri menggunakan sebilah pisau di dalam bilik tidur tingkat satu rumah mereka.
01:14Tambah Zulhairi, ibu angkat mangsa turut mendakwa remaja terbabit berada di bawah pengaruh Mushroom Vib sehingga bertindak di luar kawalan.
01:22Siasatan lanjut turut mendapati mangsa dipercayai mula terjebak dengan tabiat menghisap Vib sejak Februari lalu selepas diperkenalkan oleh teman lelakinya.
01:33Menurut Zulhairi, teman lelaki mangsa juga dikenalpasti sebagai individu yang membekalkan Vib berkenaan namun peranti itu telah dirampas oleh ibu
01:41angkat mangsa.
01:42Katanya, mangsa menerima rawatan awal di Zon Kuning Unit Kecemasan Hospital Melaka dan keadaan yang kini dilaporkan stabil sebelum dibenarkan
01:49keluar wat pada Rabu.
01:51Beliau berkata, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mendapatkan keterangan penuh termasuk mengenalpasti punca sebenar yang mendorong mangsa mencederakan diri sendiri.
02:01Setakat ini, tiada tangkapan dilakukan dan kes disiasat mengikut Seksyen 31 Sub-Seksyen 1 Perenggan E Akta Kanak-Kanak 2001
02:09kerana dipercayai berlaku unsur kecuaian atau pengabayan terhadap mangsa.
02:14Jika disabitkan kesalahan, individu terlibat boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda maksimum RM20,000 atau kedua-duanya
02:24sekali.
Comments

Recommended