00:00Di bawah cahaya malam dataran merdeka, sekumpulan penggiat seni wanita dari pelbagai negara Asia Tenggara
00:07menghimpunkan semula tradisi penceritaan bayang melalui persembahan wayang kulit dalam pendekatan modern
00:13yang membawa naratif berteraskan perspektif wanita.
00:16Kumpulan dikenali sebagai wayang women itu menghimpunkan ahli dari Malaysia, Indonesia, Thailand, Myanmar dan Filipina
00:23dengan matlamat memperbaharui seni tradisi wayang kulit yang sekian lama didominasi lelaki.
00:34Ketua dalam kumpulan itu, Ilya Sumantu berkata persembahan mereka banyak diinspirasikan daripada cerita rakyat
00:40yang diwarisi melalui generasi ibu dan nenek khususnya kisah-kisah yang sering berkait dengan figura hantu wanita.
00:47Kami adalah kumpulan seorang kumpulan multi nasional wayang kulit di mana kami mempunyai persembahan dari bahagian Asia Tenggara
00:57seperti Myanmar, Filipina, Malaysia, Thailand dan Indonesia.
01:06Beliau berkata perdekatan itu membuka ruang untuk mereka menilai semula naratif tradisional
01:11serta mengaitkannya dengan pengalaman dan identiti diri sebagai wanita modern.
01:16Menurut Ilya, boneka wayang bukan sekadar alat persembahan tetapi medium untuk meneroka emosi,
01:21identiti dan bayang diri yang jarang disedari dalam kehidupan seharian.
01:26Pengarah muzik kumpulan itu, Victoria Young pula menjelaskan bahawa gabungan elemen muzik elektronik modern
01:31dengan instrumen tradisional Asia Tenggara bukan bertujuan menarik penonton muda semata-mata,
01:36sebaliknya sebagai usaha memahami dan menghayati akar budaya sendiri.
02:00Sementara itu, penyelidik seni bayang dari Jakarta, Latifah Romanita berkata,
02:05pendekatan kumpulan itu selari dengan perkembangan semasa di Jawa yang melihat peningkatan
02:09penglibatan wanita dalam seni wayang kulit, serta usaha menyampaikan mesej pemberdayaan melalui penceritaan.
02:16Mungkin ini semangatnya sama seperti para dalam perempuan yang ada di Jawa ya.
02:20Jadi mereka mencoba untuk melakukan, mengembangkan cerita dari sisi perempuan gitu.
02:28Makanya yang diangkat juga hantu-hantu perempuan kan gitu.
02:31Jadi mereka ya memasukkan pesan-pesan pemberdayaan, pesan-pesan feminisme barangkali gitu ya.
02:40Dari kacamata mereka sebagai pelaku seni wayang kulit modern seperti itu.
02:45Kumpulan berkenaan turut menganjurkan bengkel kepada kanak-kanak termasuk latihan mahasiswa boneka
02:50daripada bahan kita semula sebagai usaha memastikan seni tradisi itu terus dipelihara generasi akan datang.
02:58Terima kasih telah menonton!
Comments