00:00Tindakan seorang pengawal keselamatan memukul istrinya sehingga cedera membawa padah apabila dihukum penjara 4 bulan oleh Mahkamah Magistret Air Keroh
00:09Melaka pada Khamis.
00:10Magistret Sharda Shienha Mohamad Sulaiman menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh Faizul Ridwan Abdul Rahman, 36 tahun, mengaku bersalah terhadap pertuduhan
00:19ke atasnya.
00:20Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap istrinya yang berusia 41 tahun di sebuah kediaman di Jalan Damai,
00:29Kampung Paya Rumput dalam daerah Melaka Tengah.
00:31Perbuatan itu dilakukan sekitar jam 8 pagi Ahad lalu.
00:35Kesalahan itu dilakukan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326A Kanun Sama.
00:43Bagi kesalahan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan, tertuduh boleh dihukum penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau
00:52kedua-duanya sekali.
00:53Sementara itu, Seksyen 326A memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua kali ganda tempuh maksimum bagi kesalahan di bawah Seksyen berkenaan jika
01:02melibatkan pasangan.
01:03Mengikut fakta kes, tertuduh telah meminta wang daripada istrinya untuk membeli dadah namun ditolak kerana pengadu tidak mempunyai wang.
01:10Tertuduh kemudian telah menggunakan telefon istrinya itu untuk menghubungi ibu dan adik kandungnya untuk meminjam wang namun tidak dilayan keluarganya
01:19itu yang mematikan panggilan.
01:21Sebelum itu, tertuduh telah menendang istrinya di bahagian paha kerana wanita itu enggan bercakap dengan ibunya untuk meminjamkan wang selain
01:29memaksa pengadu keluar mencari duit sebanyak RM100 untuknya membeli dadah.
01:33Tertuduh turut mengarahkan istrinya itu membayar denda RM1000 bagi kes dadah dihadapinya yang masih dalam perbicaraan selain mengugut mahu membakar
01:42motosikal pengadu jika tidak berbuat demikian.
01:44Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan YBJK, Muhammad Izzuddin Abdul Malik yang mewakili tertuduh memohon hukuman ringan dengan alasan anak guamnya
01:53telah mengakui kesalahan itu.
01:55Bagaimanapun, pegawai pendakwa Inspektor Nur Zaidah Muhammad Zailani mencadangkan hukuman berat kerana tertuduh sebagai suami sepatutnya menjadi pelindung, bukannya menyakiti
02:04istrinya itu.
02:04Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara 4 bulan bermula dari tarikh tangkap ahad lalu.
Comments