00:00Iran menegaskan rundingan damai dengan Amerika Syarikat masih belum menghampiri sebarang persetujuan.
00:07Jurucakap Kementerian Luar Iran, Ismail Bageh berkata perbezaan antara kedua-dua negara masih mendalam walaupun proses diplomasi terus berlangsung.
00:18Katanya kehadiran pegawai kanan Pakistan di Teheran tidak bermakna rundingan damai dengan Amerika telah mencapai titik penentu.
00:25Beliau memberitahu stesen televisyen milik kerajaan AIRIB, Iran dan Amerika masih mempunyai banyak perbezaan mendalam yang memerlukan masa untuk diselesaikan
00:36melalui diplomasi.
00:38Menurut Bagai, rundingan itu bertujuan menamatkan permusuhan di semua medan termasuk di Lubna namun program nuklear Iran belum menjadi agenda
00:47perbincangan setakat ini.
00:48Dalam benda itu jelasnya, isu berkaitan selat hormus dan serangan Amerika Syarikat terhadap kapal yang dikaitkan dengan Iran perlu dibincangkan
00:55secara menyeluruh.
00:57Dalam perkembangan sama, Bagai dilantik secara rasmi sebagai jurucakap delegasi Iran dalam rundingan dengan Amerika Syarikat.
01:03Pelantikan dibuat menerusi dekri yang dikeluarkan Speaker Parlimen Iran, Muhammad Bakir Khalilwaf yang mengetuai pasukan perunding Iran.
01:13Iran, Amerika Syarikat dan Israel sebelum ini mencapai gencatan senjata pada 8 April selepas 40 hari konflik bersenjata.
01:22Bagaimanapun, satu pusingan rundingan di Islamabad pada 11 dan 12 April dilaporkan gagal mencapai sebarang persetujuan.
Comments