Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Situasi kemanusiaan di Semenanjung Gaza terus memburuk apabila jumlah korban akibat konflik berterusan sejak Oktober 2023 kini dilaporkan melepasi 72,000 orang.
Transcript
00:00Angka korban di Semenanjung Gaza meningkat kepada 72,783 orang.
00:06Menurut agensi berita dan maklumat Palestine WAFA, 172,779 orang dilaporkan cedera
00:13akibat serangan berterusan rejim Zionis sejak perang bermula pada Oktober 2023.
00:22Menurut WAFA, angka sebenar dijangka lebih tinggi kerana masih ramai mangsa dipercayai
00:27terperangkap di bawah runtuhan bangunan yang musnah.
00:30Pasukan penyelamat dan ambulans juga menghadapi kesukaran untuk mengakses beberapa kawasan
00:35yang terjejas teruk sekaligus menyungkarkan usaha mengeluarkan mangsa.
00:40Sejak gencatan senjata berkuatkuasa pada 11 Oktober 2025, sekurang-kurangnya 890 orang
00:48dilaporkan terbunuh manakala 2,677 lagi cedera.
00:52Dalam tempoh sama, sebanyak 776 mayat turut berjaya dikeluarkan dari bawah runtuhan bangunan
00:59di kawasan yang terjejas teruk akibat konflik berpanjangan itu.
Comments

Recommended