Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Letupan berlaku ketika operasi pemadaman kebakaran dan menyelamat dua individu terperangkap di limbungan kering, mencetuskan korban jiwa dan puluhan kecederaan.
Transcript
00:00Sekurang-kurangnya seorang maut manakala 36 lagi cedera dalam satu letupan di sebuah limbungan kering di Staten Island, New York
00:08pada Jumaat.
00:09Letupan itu berlaku ketika anggota bomba berada di lokasi bagi memadam kebakaran serta menjalankan operasi menyelamat dua individu yang terperangkap.
00:20Dua anggota bomba turut dimasukkan ke hospital termasuk seorang marshal bomba yang mengalami patah tulang di bahagian kepala serta pendarahan
00:30otak dan terpaksa diberikan bantuan pernafasan.
00:33Seorang lagi anggota bomba dilaporkan berada dalam keadaan serius namun menunjukkan perkembangan positif.
00:39Datuk Bandar New York Zohran Mamdani menyifatkan insiden itu sebagai situasi kecemasan yang sedang kompleks dan berkembang dengan pesat.
00:48More than 30 New Yorkers, both civilians and first responders, have sustained injuries.
00:55Two first responders with non-life-threatening injuries have been transported here to Staten Island University Hospital.
01:01Both are stable. One fire marshal is in critical condition and one firefighter is in serious condition.
01:09A few minutes ago, I met with the firefighter and his family as well as the fire marshal's family.
01:14I am deeply moved by their courage as well as by their service to this city.
01:19I am heartbroken to report that one civilian has passed away.
01:23I send my deepest condolences to their loved ones.
01:27Menurut Zohran, siasatan menyeluruh akan dijalankan sebaik kebakaran berjaya dipadam sepenuhnya.
01:32Setakat ini, pihak berkuasa belum mendedahkan identiti mangsa yang maut selain mengesahkan mangsa merupakan orang awam.
Comments

Recommended