- 11 hours ago
Di sebalik sistem demokrasi yang memberi kuasa kepada rakyat memilih kerajaan, institusi Raja Berperlembagaan kekal menjadi tonggak penting dalam memastikan kestabilan negara, keseimbangan kuasa dan keharmonian masyarakat terus terpelihara. Namun, sejauh mana rakyat benar-benar memahami bahawa peranan Raja bukan sekadar simbol, tetapi payung yang memelihara kepentingan seluruh rakyat tanpa mengira kaum dan fahaman politik?
Category
🗞
NewsTranscript
00:08Assalamualaikum, salam sejahtera. Ini Buletin Awani Has. Anda bersama saya Syaf Syukri dan untuk waktu dan jam ini kita akan
00:13memberi fokus kepada satu isu yang cukup penting untuk sama-sama kita fahami dan sama-sama untuk kita kupaskan bersama.
00:19Ini berkaitan dengan isu Raja Berpelambagaan berkaitan dengan artikel yang diterbitkan pada 21 Mei yang lepas Raja Berpelambagaan lengkapi demokrasi
00:29berparlimen dan disebalik sistem demokrasi yang memberi kuasa kepada rakyat memilih kerajaan, institusi Raja Berpelambagaan kekal menjadi tonggak penting dalam
00:40memastikan kestabilan negara, keseimbangan kuasa dan keharmonian masyarakat terus terpelihara.
00:45Namun, perbincangan hari ini akan memfokuskan sejauh mana rakyat benar-benar memahami bahawa peranan Raja bukan sekadar simbol tetapi payung
00:55yang memelihara kepentingan seluruh rakyat tanpa mengira kaum dan fahaman politik dan itu antara isu yang cukup penting untuk sama
01:05-sama kita ketengahkan dan dalam masa yang sama untuk kita memberi pemahaman kepada masyarakat keseluruhan di luar berdasarkan topik Raja
01:11Berpelambagaan lengkapi demokrasi berparlimen dan untuk
01:15isu atau untuk kita sama-sama mengupas dan memahami topik ini saya bersama dengan seorang yang saya kira pakar untuk
01:23memberikan penjelasan dan memberikan pemahaman terus kepada anda semua yang menonton pada waktu dan ketika ini saya bersama dengan
01:29Datuk Salahuddin Saidin, Ahli Dewan di Raja Selangor. Assalamualaikum Datuk.
01:34Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
01:35Datuk, terima kasih kerana sudi bersama Esra Awani untuk segmen khusus ini Datuk dalam kita memberi pemahaman kepada masyarakat di
01:42luar sana dan kita juga tahu mengenai artikel yang keluar pada 21 Mei lepas.
01:49Datuk secara spesifiknya memberi penerangan lanjut mengenai isu ini dan saya kira mungkin saya boleh terus tanya soalan kepada Datuk.
01:56Datuk, adakah rakyat hari ini kalau dilihat secara keseluruhannya benar-benar memahami bahawa institusi Raja Berpelambagaan itu bukan sekadar satu
02:06simbol negara.
02:07Sebaliknya, berperanan memayungi serta menjaga kepentingan semua kaum demi kestabilan dan keharmonian Malaysia, Datuk.
02:15Terlebih dahulu saya beritahu terima kasih kepada Saudara Syaf Syukri dan juga pihak Estro kerana telah menjemput saya untuk sama
02:22-sama datang kemari untuk berkongsi beberapa isu berkaitan dengan isu semasa iaitu berkaitan dengan persoalan yang menjadi kekeliruan kepada masyarakat
02:33sekarang ini.
02:34Pertama sekali, saya ingin bawa sedikit naratif sejarah bagaimana kerajaan Malaysia ini terbentuk bermulanya daripada zaman pembentahan Kesultanan Melaka dulu.
02:46Seterusnya membawa kepada penjajahan Belanda, penjajahan British.
02:50Kemudian kita ada merdeka, pre-merdeka, selepas itu kita telah mencapai kemerdekaan.
02:56Dan seterusnya hingga ke hari ini, kita sebenarnya berpegang kepada satu fakta yang tidak dapat dinafikan bahawa institusi raja itu
03:05memang telah bertapak.
03:07Sejak dari dulu lagi.
03:09Jadi apabila institusi raja itu telah lama bertapak, dia bukan baru semalam bertapak di negara kita,
03:15pastinya rakyat di Malaysia ini telah biasa dan telah sinonim dengan punca kuasa bermula daripada sebuah institusi raja.
03:25Dan apabila rakyat telah sebati dengan jiwa rakyat tentang menghormati taat setia kepada kedalatan raja,
03:33tiba-tiba ada pihak yang mempersoalkan tentang titah raja dan bagaimana perasaan rakyat secara keseluruhannya melihat tentang adanya penentangan atau
03:44mempersoalkan tentang titah hati raja tersebut.
03:47Pastinya ia akan menimbulkan beberapa isu yang sensitif yang mungkin rakyat tidak boleh terima secara keseluruhannya.
03:55Jadi bagi mengupas isu berkaitan dengan kuasa ataupun kuasa institusi raja ini,
04:03ingin saya membawa sedikit makluman berkaitan dengan bagaimana terbentuknya institusi raja di Malaysia ini.
04:12Ada yang mengatakan bahawa institusi raja ini terbentuk ataupun menggunapakai konsep Westminster di United Kingdom yang mana dikatakan bahawanya mirip
04:23kepada konsep tersebut.
04:25Tetapi apa yang kita lihat sebenarnya ada banyak perbezaan antara konsep Westminster di United Kingdom dibandingkan dengan Malaysia.
04:32sebab pertamanya perlembagaan persekutuan di Malaysia ini adalah satu perlembagaan persekutuan secara bertulis.
04:39Sedangkan United Kingdom ini tidak bertulis. Itu yang pertama.
04:43Yang kedua kalau kita lihat kepada aspek pelantikan seorang Perdana Menteri di United Kingdom berbeza dengan Malaysia.
04:50Sebab di Malaysia ini kuasa diberikan secara mutlak kepada Duli Yang Mahamudu Yang Putun Agung untuk melantik seorang Perdana Menteri.
04:57Sedangkan kalau kita lihat konsep Westminster yang mereka amalkan, pelantikan Perdana Menteri oleh The King lebih kepada seremonial.
05:07Bukan berbentuk kuasa yang diberikan di bawah perlembagaan undang-undang.
05:10Dan termasuklah juga kalau kita lihat dari segi declaring of emergency, mengistiharkan satu tempoh emergency di Malaysia ini, kuasa ini
05:20terletak kepada seorang yang di Tuan Agung.
05:23Sedangkan di United Kingdom tak ada kedengaran pun The King pernah ataupun The Queen pernah mengistiharkan darurat di United Kingdom.
05:32Jadi ini pada asasnya menunjukkan bahawa konsep raja berpelembagaan, demokrasi berparlimen yang kita amalkan walaupun asalnya daripada Westminster,
05:41ianya adalah sebenarnya telah diubah suai dengan keadaan di negara kita.
05:45Jadi untuk tujuan itu, izinkan saya untuk mengupas sedikit bagaimana perlembagaan persekutuan memberikan kuasa kepada seorang yang di Tuan Agung.
05:55Kita ambil konteks ini daripada permintaan di peringkat persekutuan dahulu.
05:59Di persekutuan, kita lihat bahawa di bawah punca kuasa di bawah Perkara 39, telah menyatakan bahawa kalau kita rujuk juga
06:0632 Perkara 32,
06:08menyatakan bahawa ketua utama negara adalah yang di Tuan Agung.
06:11Dan di bawah Perkara 39, menyatakan bahawa kuasa eksekutif terletak haknya kepada yang di Tuan Agung dan boleh dilaksanakan oleh
06:20yang Tuan Agung dan juga jemaah menteri yang diketuai oleh seorang Perdana Menteri.
06:25Ini punca kuasa yang menunjukkan bahawa peranan raja dalam institusi raja berpelembagaan, demokrasi berparlimen bukan sekadar satu seremonial sahaja.
06:35Dia memang telah terpahat sejak daripada zaman permintaan British hingga turun kepada peri kemerdekaan hinggalah kemerdekaan.
06:43Itulah sebenarnya punca kuasanya yang menyatakan bahawa raja adalah merupakan perminta utama di negara kita.
06:50Dan kalau kita lihat pula kepada kuasa yang dikatakan di bawah Perkara 39 tersebut,
06:55sejauh manakah seorang yang di Tuan Agung itu melaksanakan tugas dan peranan?
06:59Pertamanya kita bagi kepada kuasa yang dikatakan sebagai budi bicara mutlak.
07:04Absolute discretionary power was given to Tuan Agung.
07:07Kalau kita lihat pada budi bicara mutlak, pertama perlantikan Perdana Menteri.
07:13Yang di Tuan Agung boleh dikendaki melantik seorang Perdana Menteri dan kuasa itu adalah kuasa mutlak.
07:20Cuma of course kita ada precondition yang perlu difulfill iaitu melibatkan perlunya ada majority support di Dewan Rakyat.
07:29Tetapi apa yang menariknya kalau sekiranya ada 2-3 orang yang layak nak mendapat majority support,
07:36di sinilah peranan seorang yang di Tuan Agung untuk menentukan siapa yang menjadi pilihan kepada yang Tuan Agung
07:42untuk dilantik sebagai seorang Perdana Menteri.
07:44Dan begitu juga dengan isu berkaitan dengan pembubaran Parlimen.
07:47Kalau sekiranya seorang Perdana Menteri telah merasakan bahawa dia telah hilang kepercayaan majority di Dewan Rakyat
07:55dan mengadap duli yang maha mula yang Tuan Agung untuk membubarkan Parlimen,
08:01yang Tuan Agung punya kuasa untuk tidak bersetuju dengan cadangan untuk membubarkan Parlimen.
08:05Ini menggambarkan bahawa kuasa itu adalah kuasa mutlak yang diberikan kepada yang Tuan Agung di bawah perlembagaan.
08:10Dan di samping itu yang kita tahu tentang 2 perkara yang ramai masyarakat mungkin tahu tentang 2 faktor ini.
08:16Tetapi apa yang lebih rakyat mungkin kurang sedar adalah berkaitan dengan betapa yang di Tuan Agung ini juga punya kuasa
08:25untuk declare emergency.
08:27Kita lihat pada zaman ketika permintaan ataupun Perdana Menterinya adalah Tanseri Muhyiddin Yassin
08:34yang mana pada ketika itu di zaman Covid, diminta kepada, disebahkan kepada yang Tuan Agung untuk diadakan satu keadaan darurat
08:43di negara ini.
08:44Tetapi yang Tuan Agung setelah melihat keadaan semasa dan tidak mahu digambarkan bahawa mengikut kehendak kerajaan pada ketika itu,
08:52itu telah menolak permintaan untuk diadakan satu keadaan darurat.
08:57Ini merunjukkan bahawa yang Tuan Agung diberi kuasa di bawah pentukan perlembagaan di bawah kerajaan 150.
09:02Mungkin akhirnya apabila keadaan Covid bertambah teruk dan yang Tuan Agung gunakan budi bicaranya,
09:10berlantik satu badan penasihat, kemudian dia mengistiharkan darurat.
09:13Dan pada satu ke tiga apabila darurat nak di-extended, juga yang Tuan Agung mainkan peranan untuk tidak bersetuju untuk
09:22cadangan untuk extend,
09:24melanjutkan tempoh darurat dan akhirnya darurat ditamatkan seperti mana asal declaration yang telah dibuat.
09:31Sekali lagi saya menyatakan bahawa ini menggambarkan yang Tuan Agung punya kuasa yang termaktub di bawah perlembagaan.
09:38Dan satu lagi adalah berkaitan dengan perkara 159, pasal 5.
09:43Yang ini adalah satu perkara yang amat unik.
09:45Ini adalah secara kolektif kuasa raja, kuasa yang Tuan Agung yang diberikan di bawah kuasa di bawah perkara 38 perlembagaan,
09:53iaitu majlis raja-raja.
09:55Majlis raja-raja punya peranan yang besar.
09:58Kalau semua, kalau kita katakan bahawa kuasa budi bicaranya mutlak yang Tuan Agung diberikan mutlak hanya kepada Tuan Agung sendiri.
10:07Tetapi majlis raja-raja boleh menentukan kalau sekiranya berlaku sebarang cadangan pemindaan kepada perlembagaan persekutuan
10:14yang menyentuh isu berkaitan dengan perkara 10, iaitu perkara dengan hak kebebasan asasi untuk bercakap.
10:21Kemudian berkaitan dengan isu keistimewaan orang-orang Melayu.
10:25Isu berkaitan dengan hak, keistimewaan privileges of the majlis raja-raja.
10:29Kalau nak sentuh tentang isu-isu ini dan termasuk juga kerayakan, maka ia ini tidak boleh diluluskan tanpa konsen daripada
10:39majlis raja-raja.
10:40Ini menggambarkan sekali lagi bahawa sebenarnya kuasa raja di Malaysia ini adalah kuasa yang sebahagiannya mutlak diberikan kepada Tuan Agung
10:51dan juga majlis raja-raja.
10:53Tetapi kalau kita nak sentuh pula tentang kuasa yang di mana yang Tuan Agung boleh memberikan nasihat kepada pentadbiran kerajaan,
11:00ini adalah juga suatu kuasa yang dikatakan bahawa raja bertindak atas nasihat di bawah perkara 40.
11:05Benar, kita ada kuasa mutlak, kita ada kuasa yang untuk memberi nasihat.
11:10Tetapi kuasa memberi nasihat perlu dilihat, iaitu kuasa yang mana ia melibatkan pentadbiran kerajaan yang boleh menjejaskan kepentingan rakyat
11:19dan juga boleh menentukan perpaduan rakyat di negara ini.
11:24Jadi dalam soal menentukan kepentingan rakyat ini yang di Pertuan Agung,
11:30walaupun pentadbiran negara dilaksanakan oleh barisan kabinet kerajaan,
11:35tetapi kalau ia yang menyentuh tentang isu perpaduan, yang menyentuh tentang dasar kerajaan khususnya berkaitan dengan kepentingan rakyat
11:43seperti mana di bawah fasal 2, negara 38 Perlembagaan Persekutuan,
11:48pihak yang di Pertuan Agung dan Majlis Hada Raja boleh memberikan cadangan,
11:52cadangan yang konkret untuk kerajaan pertimbangkan demi kepentingan rakyat.
11:57Jadi itu yang saya maksudkan bahawa kuasa ini bukan sekadar kuasa yang dikatakan sebagai seremonia,
12:04tetapi jelas termaktuk di bawah Perlembagaan Persekutuan,
12:07kuasa yang di Pertuan Agung adalah memang sentiasa ada di dalam Perlembagaan Persekutuan.
12:12Baik, Datuk. Itu dia satu penjelasan yang saya rasa cukup kompak dan komprehensif
12:17untuk kita sama-sama memahami bagaimana masyarakat dan juga rakyat kebanyakan khususnya boleh memahami
12:24fungsi institusi raja berperlembagaan yang bukan dilihat sebagai sekadar simbolik semata-mata.
12:30Datuk, kita akan meneruskan perbincangan selepas ini kerana penjelasan tadi cukup panjang untuk saya kira
12:34untuk memberikan pemahaman secara lanjut kepada masyarakat kebanyakan di luar
12:37untuk sama-sama kita merenung kembali apakah fungsi dan juga institusi perlaut raja berperlembagaan ini.
12:42Kita akan berhenti seketika kita kembali selepas ini dengan fokus yang lebih banyak lagi
12:46mengenai topik raja berperlembagaan lengkapi demokrasi.
12:51Berhenti seketika bertemu semula selepas ini.
13:11Masih bersama saya Syaf Syukri dan ini juga masih memberi fokus kepada perbincangan mengenai raja berperlembagaan lengkapi demokrasi.
13:19dan saya rasa pada blog yang pertama tadi kita telah menceritakan secara lanjut dan komprehensif
13:25mengenai bagaimana rakyat boleh memahami fungsi sebenar ataupun peranan sebenar institusi raja berperlembagaan.
13:31Tapi untuk waktu dan jam ini untuk kita melihat kepada fokus kepada isu yang lebih besar, Datuk.
13:36Jadi soalan saya di sini melihat kepada kenyataan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor baru-baru ini pada 19 Mei
13:41lalu, Datuk.
13:41Jadi kita lihat soalan saya ialah jika demokrasi memberi kuasa kepada rakyat memilih kerajaan,
13:47sejauh mana institusi raja perlu memainkan peranan sebagai mekanisme semak dan imbang terhadap kuasa politik
13:54dan juga mungkin soalan ini berkait juga dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Tuan Ku Sultan pada 19 Mei lalu, Datuk.
13:59Terima kasih, Surah Syah.
14:02Dalam konteks kerajaan negeri Selangor, kita tahu bahawa Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor
14:07telah mengeluarkan beberapa kenyataan bermula daripada ketika ucapan titah tuanku
14:13ketika perbukaan Dewan Undangan Negeri Selangor.
14:16Dan seperti mana yang saya katakan tadi, punca kuasa di bawah Perlembagaan Persekutuan
14:21yang diberikan kepada Yang Puan Agong, kalau di bawah Selangor, kita ada Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor
14:27yang mana punca kuasa Duli Yang Maha Mulia Sultan adalah di bawah Perkara 50
14:31kepada Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor
14:34yang mana mengatakan bahawa Sultan Selangor adalah merupakan ketua utama kepada Kerajaan Negeri Selangor
14:39dan kuasa eksekutifnya dilaksanakan oleh bagi Datuk Angku bersama dengan EXCO
14:45iaitu yang diketuai oleh seorang Menteri Besar.
14:48Dan kalau kita lihat kepada peranan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor sendiri,
14:53Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor ini sebenarnya punya pengalaman yang begitu luas
14:58untuk mentadbir sebuah Negeri Selangor.
15:00Contohnya kalau kita lihat Duli Yang Maha Mulia Selangor telahpun memerintah Negeri Selangor
15:06bermula ketika Baginda menjadi Raja Muda.
15:0933 tahun Baginda menjadi seorang Raja Muda
15:12dan seterusnya dilantik menjadi, telah diciharkan sebagai Sultan Negeri Selangor.
15:19dan ketika Baginda menjadi Raja Muda, Baginda sebenarnya punya banyak pengalaman
15:25beliau untuk mentadbir negeri sebab Baginda juga masuk ke dalam sistem pentadbiran
15:30Negeri Selangor.
15:31Pada ketiga itu arwah Yang Maha Mulia pada Menteri Besarnya adalah Datuk Harun Idris
15:36yang mana Baginda pernah menyatakan kepada saya bahawa Baginda telah banyak menimba ilmu
15:43pengalaman bersama dengan Yang Maha Mulia Menteri Besar pada ketiga itu Datuk Harun Idris.
15:48dan terutamanya dari segi semangat patriotisme, patriotisme yang dibawa oleh Datuk Harun Idris itu
15:57penama diterima oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku untuk Baginda melaksanakan tugas pentadbiran
16:04di Negeri Selangor itu sendiri.
16:06Pada ketiga itu dia punya pusat pentadbirannya di Bangunan Sultan Persahamat di Kuala Lumpur.
16:12dan pada yang sama bila Baginda menjadi seorang Sultan Negeri Selangor sebenarnya setiap
16:19satu titah yang dikeluarkan oleh Baginda Tuanku mengambil kira pengalaman yang Baginda ada
16:26setelah tempoh yang begitu lama dan pada tahun ini pun adalah tempoh 25 tahun Baginda Tuanku
16:31menjadi seorang Sultan.
16:32silva jublinya akan diraihkan pada bulan 11 baginda punyai satu badan yang merupakan
16:41badan penasihat kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku iaitu Dewan Diraja Negeri Selangor
16:46yang mana Dewan Diraja Negeri Selangor ini terbentuk di bawah undang-undang tubuh Kerajaan Negeri Selangor
16:51untuk menasihati Tuanku bukan sekadar isu-isu berkaitan dengan pemerintahan ataupun pengistirahan seorang raja
17:00tetapi apa-apa saja isu-isu lain berkaitan dengan pentadbiran Negeri Selangor
17:06boleh dinasihati oleh ahli-ahli Dewan Diraja.
17:10dan Tuanku juga ahli Dewan Diraja ini sentiasa mendapatkan pandangan daripada ahli-ahli Dewan Diraja
17:16yang terdiri daripada pakar-pakar bukan sekadar dilantik golongan yang tiada kemahiran
17:23tiada pengalaman dan sebagainya kalau kita lihat kepada ahli-ahli Dewan Diraja sendiri
17:27ada dilantik di kalangan Hakim Mahkamah Persekutuan seperti Tan Sri Zawawi
17:31pernah juga sekarang dilantik pakar ekonomi yang tidak lain daripada bekas Governor Bank Negara
17:38Tan Sri Ahmad Ibrahim dan juga bekas Ketua Polis
17:41bekas ahli-ahli pentadbir, SUK, KSU dan sebagainya dan juga peguam
17:48jadi mereka ini adalah kumpulan yang mempunyai pengalaman dan juga pengetahuan berkaitan dengan bidang masing-masing
17:55jadi dulu yang mahu-mahli Tuanku sebelum membuatkan suatu keputusan sering merujuk kepada Dewan Diraja
18:01dan juga dalam masa yang sama kalau perlu diadakan mesyuarat
18:04dan kalau ianya tak perlu diadakan mesyuarat
18:08merujuk kepada 4-5 orang ahli-ahli Raja untuk membuat suatu keputusan
18:12jadi proses membuat suatu keputusan atau pengetah yang dikeluarkan oleh Duli Yang Maha Mulai Tuanku
18:18ini bukanlah satu titah yang Tuanku sengaja untuk mencampuri urusan pentadbiran negara
18:23ianya semuanya melibatkan kepentingan rakyat
18:27dan juga dalam masa yang sama kita perlu ingat bahawa Tuanku perperanan untuk menyatupadukan semua rakyat di negeri Selangor
18:35sebab kalau kita ambil contohlah isu yang terbaru berkaitan dengan penternakan babi
18:39saya bukan nak bangkitkan isu ini yang telah pun selesai
18:43yang mana Tuanku sendiri telah menyatakan bahawa full stop kepada segala isu berkaitan dengan penternakan babi
18:49tetapi saya hanya nak mengupas untuk mengaitkannya berkaitan dengan undang-undang
18:54apa tindakan yang telah dikeluarkan oleh Duli Yang Maha Mulai Tuanku adalah demi perpaduan rakyat
19:01demi kepentingan rakyat
19:03sebab faktor yang diambil kira adalah berkaitan dengan keadaan negeri Selangor itu
19:07yang kepadatan penduduknya begitu tinggi
19:10dan tiada lagi tanah yang bersesuaian untuk dijadikan kawasan tenakan babi
19:15dan dalam masa yang sama kita juga perlu ingat bahawa penternakan babi
19:19kalau sekiranya dijalankan berikut cari biasa
19:21ianya boleh mencemarkan keadaan persegitaran sungai, udara dan sebagainya
19:27mengambil kira faktor ini Tuanku mengasihati pihak EXCO dan juga Menteri Besar
19:34dan juga pihak penggubal undang-undang Selangor untuk meneliti
19:37mengambil kepentingan rakyat yang majoriti di negeri Selangor
19:42dan kalau sekiranya bayangkanlah kalau Duli Yang Maha Mulai Tuanku
19:45tidak campur tangan, tidak memberikan titah untuk pihak kerajaan
19:50mengambil berat tentang isu ini
19:51bermakna akan berlakulah pergolakan, pergeseran ketidakpuas hatian rakyat
19:57segolongan rakyat terhadap dasar yang dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri Selangor
20:01jadi bertitik tolak daripada aspek ini
20:04maka Tuanku menitahkan supaya Kerajaan Negeri ambil berat kepentingan rakyat
20:10dan ada pihak yang mengatakan bahawa
20:13andai kata Duli Yang Maha Mulai nak menitahkan kepada pihak kerajaan
20:18perlulah titah tersebut dibuat secara tutup
20:20sebenarnya bagaimana caranya lagi kalau tidak bersesuaiannya
20:26titah tersebut dibuat ketiga pembukaan Dewan
20:29yang mana diadres ataupun dinyatakan dihadapan semua penggubal undang-undang
20:34termasuk EXCO, Kerajaan Negeri dan juga Menteri Besar
20:37jadi ini adalah satu forum yang paling sesuai
20:39untuk baginda Tuanku menitahkan hasrat Tuanku
20:44untuk memastikan bahawa setiap dasar yang dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri
20:50perlu mengambil kepentingan rakyat dan juga menjamin perpaduan rakyat
20:55ada pihak yang mengatakan bahawa ianya perlu dilakukan secara tertutup
21:00ada baru-baru ini saya dah dengar juga seorang profesor mengatakan bahawa
21:05skala titah ataupun skala teguran perlu dibuat secara tertutup
21:08andai kata dibuat secara tertutup
21:11kalau sekiranya Tuanku telahpun menitahkan banyak kali kepada pihak Kerajaan
21:17untuk mengambil sesuatu tindakan tetapi tidak diindari ataupun tidak didengari
21:21manakah forum yang lebih sesuai untuk menyatakan secara terbuka
21:25supaya rakyat tahu peranan Raja ada dalam sistem pemerintahan negara
21:30dan rakyat tahu bahawa duluan Muhammad Tuanku amat prihatin
21:35tentang segala isu yang berkaitan dengan kepentingan rakyat
21:38jadi inilah puncanya kenapa ianya dititahkan dan perlu sebagai saya
21:43pada pandangan saya secara pribadi
21:45walaupun kita tahu pentadbiran ini adalah melibatkan pentadbiran oleh Kerajaan Negeri
21:50tetapi kalau ianya berkaitan dengan kepentingan rakyat
21:53berbalik kepada konsep asal itu tadi
21:55saya rasa Baginda Sultan punya hak untuk menitahkan sesuatu perkara
22:01berkaitan dengan kepentingan rakyat diambil berat oleh Kerajaan Negeri
22:05Baik Datuk, satu penjelasan yang cukup panjang juga cukup komprehensif
22:08untuk sama-sama kita memahami isu ini secara dasarnya Datuk
22:12Datuk, mungkin ini antara soalan saya yang terakhir Datuk dalam tempoh beberapa minit
22:15jadi jika rakyat ataupun masyarakat kebanyakan masih tidak dapat memahami
22:20fungsi Raja berperlembagaan secara total Datuk
22:24bagaimana Datuk melihat risiko terhadap kestabilan sistem demokrasi
22:28dan juga perpaduan negara itu sendiri Datuk?
22:31Kerajaan rakyat kena faham
22:32dan juga ahli-ahli politik tidak boleh menggunakan kesempatan
22:37mengatakan bahawa sistem Raja berperlembagaan
22:40demokrasi berparlimen ini hanya menghadkan kuasa Raja
22:45saya ambil contoh ya
22:46pada satu ketiga bila selepas pilihan raya yang ke-15 dahulu
22:50berlaku keadaan yang mana hang parlimen
22:53keadaan tiada yang mendapat majoriti
22:55jadi peranan Raja di sini dilihat
22:57betapa pentingnya peranan Raja yang diputuskan agung pada ketika itu
23:02untuk menyatu padukan, menasihati parti-parti politik
23:06untuk bergabung membentuk satu kerajaan perpaduan
23:09bagi mengelakkan berlakunya keadaan yang mana kita tidak ada kerajaan
23:12jadi kalau rakyat boleh faham bahawa apabila contoh telah berlaku di negara kita
23:19yang mana agung memainkan peranan supaya kerajaan dibentuk
23:23berdasarkan kepada kuasa Raja di bawah perlembagaan
23:26untuk menasihati kerajaan yang belum terbentuk pada ketika itu
23:30untuk bersatu sepadu, bekerjasama di dalam membentuk sebuah kerajaan perpaduan
23:34yang tak pernah berlaku sebelum ini
23:35jadi ini menggambarkan bahawa jangan kita pelekehkan kuasa Raja
23:40seperti mana yang termaktub di bawah perlembagaan
23:42kuasa Raja tetap ada dan rakyat kena faham
23:45bahawa ini bukanlah dikatakan bahawa
23:49institusi Raja cuba mencampuri urusan kerajaan
23:52sebab dah ada clear demarcation di antara kuasa Raja dan kuasa eksekutif
23:58dan kuasa Raja adalah semuanya kuasa sebagai semak dan imbang
24:03kepada segala tindak tanduk pentadbiran yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan
24:08persekutuan ataupun kerajaan negeri
24:10baik itu dia tadi ya
24:12terima kasih Dato' Salahuddin Saidin Ali Dewan Raja Selangor
24:16atas penjelasan yang saya kira cukup panjang
24:18untuk sama-sama kita memahami dan juga menghayati
24:21fungsi sebenar Raja berpelambagaan itu sendiri
24:25dan kita memberikan beberapa aspek dan juga kita memberikan penekanan
24:28kepada beberapa isu semasa yang penting
24:30sehingga kita menyaksikan Tuan Ku Sultan Selangor mengeluarkan titah
24:34pada 19 Mei lalu dan Dato' sudah memberikan penjelasan lanjut
24:37mengenai perkara tersebut dan juga pastinya kepada anda yang menonton
24:40inilah kesempatan yang baik untuk sama-sama kita mempelajari
24:44menghayati dan juga kita sama-sama memahami fungsi Raja berpelambagaan itu sendiri
24:49kerana pemahaman terhadap sistem Raja berpelambagaan
24:54perlembagaan dan demokrasi berparlimen ini tidak boleh dilihat
24:57sebagai satu isu secara semata-mata kan Dato'
24:59dan sebaliknya perlu dihayati sebagai asas yang penting
25:03dalam mengekalkan kestabilan, perpaduan dan juga keharmonian negara
25:07dan dalam suasana politik dan juga sosial yang semakin mencabar hari ini
25:10Dato' dinamika yang berlaku berubah-ubah pada waktu dan ketika ini
25:14institusi Raja terus pastinya terus memainkan peranan penting
25:17sebagai payung rakyat serta pengimbang kepada sistem pemerintahan negara
25:21jadi terima kasih sekali lagi saya ucapkan kepada Dato' Salahuddin Saidin
25:25yang merupakan ahli Dewan di Raja Selangor dan pastinya
25:28laporan mengenai perbincangan ini akan kami bawakan juga di astroawani.com
25:33di saluran 501 secara khususnya dan juga di semua platform media sosial
25:37Astro Awani dan saya dengan ini menutup perbincangan
25:40yang memfokuskan kepada tajuk Raja berpelambagaan lengkapi demokrasi
25:47sehingga itu sekian belutan Awani khas untuk waktu dan hari ini
25:50saya Syaf Syukri
25:50Assalamualaikum
25:51Salam Hormat
25:52kita jumpa lagi
25:52Terima kasih
25:59Terima kasih
26:00Terima kasih
Comments