Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
JAKIM bakal menggunakan sistem MyeHALAL 2.0 berasaskan AI dan pangkalan data My-HALAL-INGREDIENTS bagi mempercepat pemprosesan pensijilan halal, termasuk inisiatif whitelist, demi menyokong pertumbuhan industri.
Transcript
00:00Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Jakim, menyasarkan tempoh memproses permohonan pensijilan halal dapat disingkatkan melalui penggunaan teknologi kecerdasan buatan AI.
00:11Ketua Pengarah Jakim, Dr. Sirajudin Suhaimi berkata langkah itu bakal direalisasikan melalui pengenalan sistem MyE-Halal 2.0 yang disokong
00:22pengkalan data MyHalal Ingredients dalam tempoh beberapa bulan lagi.
00:26Ujarnya, menerusi MyE-Halal 2.0, sistem itu akan menyemak setiap permohonan yang dihantar berasaskan pengkalan data yang bertindak sebagai
00:35sistem sokongan.
00:36Beliau berkata inovasi pendigitalan itu membolehkan proses kelulusan dilaksanakan dalam tempoh lebih singkat sekaligus menyahut hasrat kerajaan untuk menyokong pertumbuhan
00:45industri.
00:46Selain penggunaan AI, Sirajudin berkata Jakim turut memperkenalkan inisiatif white list bagi syarikat yang mempunyai tahap komitmen yang tinggi dan
00:55rekod pematuhan yang baik untuk mempercepatkan lagi proses kelulusan sijil halal.
01:00Tambahnya lagi, sekiranya syarikat-syarikat memohon dan menghantar dokumen sokongan dengan segera, kelulusan sijil halal boleh disiapkan dalam masa seminggu.
01:08Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended