00:00Baik, selanjutnya, konflik PAS dan BERSATU membawa rentetan pada penjelasan secara terbuka oleh Biro Politik Parti BERSATU, antaranya kemelut jawatan
00:08Menteri Besar Perlis, tindakan disiplin terhadap Ahli BERSATU, krisis politik Negeri Sembilan dan juga kemasukan parti lain ke dalam Perikatan
00:17Nasional.
00:21Menerusi satu kenyataan pada Ahad, BERSATU menegaskan penlantikan Menteri Besar Perlis adalah kuasa budi bicara Raja Perlis, sekaligus menafikan tuduhan
00:32parti itu khianat dalam kemelut politik negeri berkenaan.
00:36Jelas kenyataan itu, Adun BERSATU tidak pernah menarik sokongan terhadap Menteri Besar daripada PAS, sebaliknya menyerahkan keputusan kepada kebijaksanaan Raja
00:46Perlis.
00:46Seterusnya isu tindakan disiplin terhadap Ahli Parti, tindakan diambil mengikut Perlembagaan Parti dan disahkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia atau ROS
00:57sebagai sah serta berperlembagaan.
01:00Kemudian krisis politik di Negeri Sembilan, BERSATU berkata pihaknya cuba berbincang dengan PAS mengenai pendirian bersama selepas UMNO memutuskan untuk
01:10terus menyokong kerajaan negeri namun mendakwa tiada maklum balas diterima.
01:15Pada masa sama, BERSATU menyangkal dakwaan menolak penyatuan UMNO sebaliknya berpandangan kerjasama pilihan raya dengan parti lain wajar dilakukan terlebih
01:25dahulu sebelum mempertimbangkan kemasukan mereka ke dalam PN.
01:29BERSATU menegaskan semua keputusan dalam PN dibuat secara konsensus melalui mesyarat majlis tertinggi PN dan tidak wajar dipertikaikan di luar
01:38platform rasmi gabungan itu.
01:40BERSATU
01:41BERSATU
01:42BERSATU
Comments