00:00Platform Facebook ketika ini gagal memberikan kerjasama untuk usaha membanteras kandungan penipuan dan judi dalam talian di Malaysia.
00:08Menteri Komunikasi Dato' Fahmi Fadil berkata sejak 1 Januari lepas, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia MCMC memohon 271,472 kandungan
00:19diturunkan di semua platform media sosial.
00:25Jelasnya daripada jumlah itu, 91% membabitkan kandungan penipuan dan judi dalam talian.
00:32Dari jumlah itu, 81% judi dalam talian adalah dalam platform Facebook. 58% adalah berbentuk skam juga dalam platform
00:48Facebook.
00:48Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutupan Intel Agency Retreat on Combating Online Scam 2026 di Ibu Negara pada
00:58Ahad.
00:59Katanya wakil Facebook juga gagal menghadiri pemukiman selama tiga hari yang menghimpunkan pelbagai agensi penguatkuasa, institusi kewangan, syarikat telekomunikasi dan
01:10pemain industri bagi memperkukuh kerjasama memerangi penipuan dalam talian.
01:14Skam ini berlaku dalam Facebook. One of the biggest platforms involved in skam activities tidak hadir. Jadi saya rasa mereka
01:25mungkin perlu diambil tindakan perundangan.
01:29Saya serah kepada MCMC untuk bincang, untuk hubungi mereka, berikan mereka peluang terakhir untuk buktikan mereka mahu bekerjasama dengan kerajaan
01:42Malaysia.
01:43Bagaimanapun, beliau memuji kerjasama oleh TikTok yang menurutnya sering memberikan maklum balas memberangsangkan kepada kerajaan Malaysia mengenai isu keselamatan dalam
01:53talian.
01:53Terima kasih.
01:54Terima kasih.
01:55Terima kasih.
01:55Terima kasih.
01:56Terima kasih.
Comments