00:00Kevin Walsh mengangkat sumpah sebagai pengurusi Reserv Persekutuan Amerika Syarikat FED pada Jumaat.
00:06Majlis angkat sumpah itu disempurnakan Hakim Mahkamah Agong Clarence Thomas dan turut dihadiri beberapa tokoh Republikan daripada pentadbiran terdahulu.
00:17Walsh 56 tahun mempunyai sokongan Trump selepas melalui proses pemilihan yang dianggap sebagai uji bakat terbuka selama hampir setahun dalam
00:26kalangan calon utama bagi menerajui FED.
00:28Trump sebelum ini kerap mengkritik pengurusi FED yang bakal menamatkan perkhidmatan Jerome Powell kerana enggan menurunkan kadar faedah pinjaman.
00:37Beliau turut melihat kenaikan kadar faedah sebelum ini sebagai tindakan yang menjejaskan agenda ekonominya.
00:43Walsh pula menggariskan agenda pembaruan besar terhadap FED yang menurutnya sudah mula tersasar daripada peranan asal sejak 15 tahun lalu.
00:50Pelantikannya dibuat ketika ekonomi Amerika sedang berdepan perubahan besar susulan ledakan teknologi kecedasan buatan AI yang menurut pegawai FED mampu
01:00memberi kesan mendalam terhadap pekerja syarikat dan pengguna.
01:03Namun perkembangan pesat AI dijangka menyukarkan pihak FED menilai kesan sebenar terhadap ekonomi dalam tempoh masa terdekat.
01:10Dalam masa sama, inflasi di Amerika kekal tinggi dan berpotensi meningkat lagi susulan beberapa tekanan termasuk kenaikan harga minyak mentah
01:18melebihi $100 setor akibat perang Amerika-Israel dengan Iran,
01:23tarif import yang tinggi serta peningkatan kos utiliti dan operasi berkaitan pelaksanaan teknologi AI.
Comments