Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (DoD) pada Jumaat mengeluarkan kumpulan kedua fail yang sebelum ini diklasifikasikan berkaitan dakwaan penampakan objek terbang tidak dikenali (UFO), termasuk laporan mengenai bebola hijau misteri, cakera dan bola api di ruang udara negara itu.

Transcript
00:00Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat, DOD pada Jumaat mengeluarkan kumpulan kedua fail yang sebelum ini diklasifikasikan berkaitan dawaan penampakan objek terbang
00:11tidak dikenali UFO.
00:13Ini termasuk laporan mengenai bebola hijau misteri, cakra dan bola api di ruang udara negara itu.
00:21Pendidahan itu dibuat atas arahan Presiden Donald Trump selepas kumpulan pertama dokumen berkenaan didedahkan kepada umum pada 8 Mei lalu.
00:29Trump menjadi antara Presiden terbaru Amerika yang membenarkan laporan kerajaan berkaitan objek terbang tidak dikenali didedahkan kepada umum, meneruskan proses
00:38pendedahan yang bermula sejak akhir 1970-an.
00:41Setiausaha pertahanan PID Access berkata dokumen, gambar dan video berkaitan fenomena yang secara rasmi dikenali sebagai fenomena anomali tidak dikenali
00:49UAP itu sekian lama mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan masyarakat.
00:54Salah satu daripada 222 fail yang didedahkan pada Jumaat mengandungi 116 muka surat dokumentasi berkaitan siri penampakan dan sesatan di
01:03sebuah fasiliti rahsia di San Diego, New Mexico antara tahun 1948 hingga 1950.
01:09Menurut Jabatan Pertahanan, fail berkenaan mengandungi 209 laporan penambakan berbola hijau, cakera dan bola api berhampiran pengkalan tentera di kawasan
01:19itu.
01:19Bagaimanapun, pakar menyatakan fail kumpulan pertama yang didedahkan sebelum ini hanya memaparkan rakaman baru beberapa insiden yang sudah diketahui umum
01:28dan tidak memberikan bukti kukuh mengenai teknologi makhluk asing atau kewujudan hidupan luar bumi.
01:34Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended