Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Alzafny Ahmad meminta individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat kes Inspektor Kamarul Ariffin Kamaruzaman menerusi talian 06-6033222.

Transcript
00:00Seorang kanak-kanak lelaki berusia 4 tahun disyaki didera wanita warga emas yang juga pengasuhnya di sebuah rumah di Seremban
00:07pada Khamis.
00:08Ketua Polis Negeri Sembilan, Dato' Al-Zafni Ahmad berkata ibu bapa mangsa membuat laporan pada 8 Khamis malam sepas melihat
00:15video kejadian berdurasi 1 minit 15 saat yang tular di media sosial.
00:21Dalam kenyataan pada Jumaat, beliau berkata rakaman video itu memaparkan seorang wanita memukul kanak-kanak lelaki di bahagian belakang sebuah
00:30rumah dan mangsa telah dikenalpasti oleh ibu bapanya.
00:34Katanya mangsa dihantar ke rumah pengasuh yang terletak tidak jauh dari kediaman mereka kira-kira 7 bulan lepas.
00:41Ujar Al-Zafni mangsa dibawa ke hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk pemeriksaan dan rawatan.
00:47Katanya polis menahan wanita berusia 60 tahun pada 945 hari sama di lokasi kejadian bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31
00:57-1 Akta A Kanak-Kanak 2001.
01:01Beliau meminta individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat kes inspektor Kamarul Arifin Kamarul Zaman
01:10menerusi talian tertera.
Comments

Recommended