Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Mahkamah Persekutuan menetapkan 26 Jun ini untuk mendengar permohonan bekas Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad bagi kebenaran menyemak semula keputusan panel terdahulu yang mengembalikan sabitan rasuah, hukuman penjara enam tahun dan denda RM15.45 juta terhadapnya.
Transcript
00:00Mahkamah Persekutuan menetapkan 26 Jun ini untuk mendengar permohonan bekas pengurusi Felda Tan Sri Muhammad Isa Abdul Samad
00:07bagi kebenaran menyemak semula keputusan panel dahulu yang mengembalikan sambitan rasuah, hukuman penjara 6 tahun dan denda RM15.45 juta
00:16terhadapnya.
00:18Timbalan pendakwa raya Afzai Nizam Abdul Aziz dan pegawai Datuk Hisham Tih Potik mengesahkan perkara itu ketika dihubungi bernama.
00:29Pada 13 Mei lepas, panel tiga hakim diketuai Hakim Besar Melayu Datuk Seri Hashim Hamzah
00:34menangguhkan pendengaran selepas membenarkan permohonan pembelaan untuk melihat rakaman mahkamah dan transkripsi proseding CRT
00:42pada 5 dan 10 Februari tahun ini berkaitan rayuan Muhammad Isa.
00:46Para peguam, Muhammad Isa memohon CRT berkenaan bagi memastikan sama ada panel terdahulu
00:51Mahkamah Persekutuan telah memberi ruang kepada hujah mengenai merit pembelaan dan rayuan bagi mengurangkan hukuman selepas beliau didapati bersalah.
00:59Sebelum ini, pendawaan memaklumkan bahawa peluang itu telah diberikan namun pihak pembelaan memilih untuk tidak mengemukakan sebarang hujahan.
01:07Muhammad Isa, 76 tahun, sedang menjalani hukuman penjara 6 tahun selepas Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari lepas
01:14membenarkan rayuan pendawaan untuk mengetepikan keputusan membebaskan beliau dan mengembalikan sambitan rasuah hukuman penjara dan denda terhadapnya.
01:23Pada 3 Februari 2021, Mahkamah Tinggi mendapati beliau bersalah dan menjatuhkan hukuman penjara 6 tahun serta denda RM15.45 juta
01:32dengan tambahan hukuman penjara 2 tahun sekiranya gagal membayar denda tersebut.
01:37Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan pada 6 Mac 2004 membebaskan Muhammad Isa daripada kesemua sembilan pertuduhan rasuah membabitkan RM3 juta
01:46berkaitan pembelian Merdeka Palace Hotel & Suites MPHS di Kuching, Sarawak oleh Felda Investment Corporation, Sinan Berhad, FICSB.
01:56Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu dituduh menerima rasuah berjumlah RM3.09 juta daripada Ikhwan Zaidel
02:03yang ketika itu pengarah gegasan abadi properti Sinan Berhad melalui bekas pegawai khasnya Muhammad Zahid Mal Arif
02:10sebagai durungan untuk meluluskan pembelian MPHS oleh FICSB pada harga RM160 juta.
02:18Muhammad Isa kemudian memfailkan permohonan di bawah kaedah 137 kaedah-kaedah Mahkamah Persekutuan 1995
02:24bagi mendapatkan kebenaran semakan semula atas alasan berlaku pelanggaran keadilan asasi.
02:34Terima kasih kerana menonton!
02:34Terima kasih kerana menonton!
02:35Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended