Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Kementerian Pendidikan Malaysia menyerahkan siasatan kes gangguan seksual melibatkan seorang pelajar sekolah di Seri Alam sepenuhnya kepada polis. Guru terlibat direhatkan serta-merta, manakala mangsa diberikan perlindungan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat. KPM menegaskan tiada kompromi terhadap kes melibatkan kanak-kanak.
Transcript
00:00Menteri Pendidikan Fadlina Siddiq memaklumkan bahawa siasatan berhubung dawaan gangguan seksual melibatkan seorang pelajar sekolah dan guru di Seri Alam
00:09telah diserahkan sepenuhnya kepada pihak polis.
00:13Dalam satu kenyataan, Fadlina memaklumkan guru terbabit telah direhatkan serta-merta, sementara siasatan dijalankan.
00:23Tegasnya, Kementerian Pendidikan Malaysia KPM tidak akan berkompromi dalam kes melibatkan gangguan seksual khususnya yang membabitkan kanak-kanak.
00:32Selain itu, Jabatan Kebajikan Masyarakat JKM telah mengambil langkah melindungi mangsa manakala KPM akan meneruskan siasatan dalaman.
00:41Fadlina turut menggesa masyarakat agar tampil menyalurkan maklumat dan laporan berkaitan kesalahan seksual kepada pihak berkuasa.
00:47Tambahnya, semua pihak perlu bertindak segera apabila menerima aduan melibatkan kanak-kanak serta memainkan peranan bersama dalam memastikan keselamatan dan
00:58pelindungan golongan tersebut sentiasa terjamin.
01:01Pada Khamis, Tular di media sosial satu perdedahan berkaitan dawaan gangguan seksual membabitkan seorang guru dan murid perempuan tahun 6
01:09di sebuah sekolah rendah di Masai, Johor.
01:11Guru Besar Sekolah Perkenaan telah bertindak membuat dua laporan polis bagi menggesa pejabat pendidikan daerah PPD Pasir Gudang mengambil tindakan
01:19tegas terhadap guru berusia 28 tahun itu.
01:22Guru Perkenaan sebelum ini dilaporkan telah dipindahkan sementara ke PPD selama tiga bulan sebelum dibenarkan kembali mengajar bermula sesi persekolahan
01:30tahun ini.
Comments

Recommended