00:00Bertemu kembali, Itali memanggil Duta Israel bagi membantah layanan terhadap aktivis global Sumut Fotila 2.0 dalam misi pelayaran ke
00:08Gaza
00:09serta menuntut pembebasan segera rakyatnya yang masih ditahan oleh rejim Zionis itu.
00:15Langkah tegas itu dibuat susulan penularan video yang menunjukkan aktivis ditahan dengan tangan ikat dan dipaksa berlutut
00:23selepas kapal-kapal bantuan dirampas tentera rejim di perairan antarabangsa.
00:31Menurut Kementerian Luar Itali, Ketua Setiusaha Kementerian itu Duta Riccardo Guarillia pada Rabu
00:36telah memanggil Duta Israel ke Rome, Jonathan Peel, bagi menyampaikan bantahan keras kerajaan Itali terhadap insiden berkenaan.
00:44Dalam pertemuan itu, Guarillia menuntut supaya semua rakyat Itali yang masih ditahan
00:48dibebaskan segera dan dihantar pulang ke negara itu secepat mungkin.
00:52Beliau turut menegaskan tindakan terhadap aktivis Fotila itu tidak boleh diterima kerana mereka tidak bersenjata
00:59dan tidak mempunyai sebarang niat keganasan.
01:02Guarillia turut menyifatkan campur tangan tentera rejim di perairan antarabangsa sebagai perkara serius
01:08selain melahirkan kemarahan terhadap imej layanan ke atas aktivis yang tular di media sosial
01:13sejak beberapa jam lalu.
01:15Kementerian Luar Itali turut memaklumkan bahawa Rome berhak mempertimbangkan langkah politik
01:19bersesuaian termasuk di peringkat kesatuan Eropah susulan insiden berkenaan.
01:24Terdahulu Perdana Menteri Itali Giorgia Meloni bersama Menteri Luar Antonio Tayani
01:29mengkritik tindakan Israel dan menyifatkan layanan terhadap aktivis termasuk rakyat Itali
01:34sebagai pencabulan terhadap maruah kemanusiaan.
01:38Terima kasih telah menonton!
Comments