Skip to playerSkip to main content
  • 5 hours ago
Presiden China Xi Jinping dijangka melawat Korea Utara seawal minggu depan dalam usaha yang dilihat berpotensi membuka ruang diplomasi baharu antara Pyongyang dan Washington.
Transcript
00:00Presiden China Xi Jinping dijangka melakukan lawatan ke Korea Utara seawal minggu depan.
00:06Lawatan itu dilaporkan berkemungkinan menyaksikan China memainkan peranan sebagai pengantara antara Pyongyang dan Washington.
00:16Menurut laporan media antarabangsa memetik pegawai kanan kerajaan melaporkan, Xi Jinping dijangka melawat Korea Utara pada lewat Mei atau awal
00:24Jun.
00:24Laporan itu menyebut sekumpulan pegawai keselamatan dan protokol China baru-baru ini telah berada di Pyongyang bagi membuat persiapan lawatan.
00:33Xi dikatakan akan cuba memainkan peranan sebagai orang tengah antara pemimpin Korea Utara Kim Jong-un dan Presiden Amerika Syarikat
00:41Donald Trump.
00:42Trump yang pernah bertemu Kim sebanyak tiga kali semasa penggal pertamanya sebelum ini menyatakan beliau terbuka untuk mengadakan pertemuan semula
00:50bagi membincangkan program nuklear Korea Utara.
00:53Dalam peritu, Kementerian Luar Korea Selatan berkata pihaknya berharap hubungan yang semakin erat antara China dan Korea Utara dapat menyumbang
01:01kepada keamanan dan kestabilan di semenanjung Korea.
01:04China merupakan sekutu ekonomi dan politik utama Korea Utara dengan kedua-dua negara kini dilihat memperkukuh semula hubungan selepas pandemik
01:13COVID-19.
01:14Terima kasih kerana menonton!
01:15Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended