• 6 months ago
Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Muhammad Najib Hamzah dalam kenyataan pada Khamis (21 Mei) berkata dalam kejadian kira-kira 12 tengah hari itu mangsa yang berusia 21 tahun sedang berniaga dan membungkus makanan sebelum didatangi dua lelaki menaiki motosikal jenis Yamaha Y15ZR berwarna perak yang dipercayai berpura-pura membeli makanan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Polis sedang mengesan dua lelaki disyaki melarikan peti wang dan telefon bimbit milik seorang peniaga wanita yang menjual nasi bajet
00:07di gerainya di tepi jalan lebuh merul Raya Ipoh.
00:12Ketua Polis Daerah Ipoh, HCP Mohd Najib Hamzah berkata dalam kejadian kira-kira 12 tengah hari itu,
00:17mangsa berusia 21 tahun sedang berniaga dan membungkus makanan sebelum didatangi dua lelaki menaiki motosikal, dipercayai berpura-pura membeli makanan.
00:31Dalam kenyataan pada Khamis, beliau berkata ketika mangsa sedang membungkus nasi,
00:35suspek dipercayai melarikan sebuah peti wang mengandungi wang tunai serta sebuah telefon bimbit miliknya
00:40sebelum melarikan diri menaiki motosikal dan menghala ke arah bulatan Meru Raya.
00:45Ujah Mohd Najib anggaran kerugian keseluruhan adalah lebih kurang RM2,000 melibatkan wang tunai dan sebuah telefon bimbit.
00:53Katanya lagi kejadian itu turut tular di media sosial selepas rakaman insiden dimuat naik orang awam dan mendapat perhatian netizen.
01:00Kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Kesiksaan kerana mencuri dan polis giat mengesan suspek yang terlibat.
01:08Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi bilik gerakan ibu pejabat polis daerah Ipoh
01:13di talian tertera atau tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Recommended