Skip to playerSkip to main content
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri

Tumpuan #AWANI745 malam ini:

- ⁠Polis buka kertas siasatan, Tony Pua dipanggil beri keterangan

- Bukit Aman siasat dalang fitnah, hina Agong dalam TikTok

- Semua aktivis Sumud dan Feedom Flotilla ditahan Israel dibebaskan

- Suspek kurung, liwat remaja akan didakwa dalam masa terdekat

Saksikan #AWANI745 setiap hari 7.45 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com/live-tv

#AWANInews

Category

🗞
News
Transcript
00:00Intro
00:09Assalamualaikum, salam sejahtera
00:10Awani 745 bersiaran bersama saya Syaf Syukri dan Juru Basi Syarat Muhammad Zaid Samad
00:15Berikut merupakan antara tajuk utama untuk malam ini
00:21Polis buka kertas siasatan
00:23Tony Pua beri keterangan hampir 40 minit
00:28Sultan Syarafuddin seru perpaduan, elak perpecahan
00:36Semua aktivis sumut dan freedom flotila ditahan Israel dibebaskan
00:44Juga suspek kurung liwat remaja 14 tahun akan didakwa dalam masa terdekat
00:54Bekas Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua memberi keterangan hampir 40 minit
00:59Berhubung hantaran Facebook berkaitan rukun negara di Ibu Pejabat Polis daerah IPD Petaling Jaya hari ini
01:05Menerusi hantaran di Facebook jelasnya, beliau sebelum itu menerima panggilan dari IPD Syah Lam
01:11Untuk dirakam keterangan di bawah Seksyen 112 Kanun Tata Cara Jenayah pada Jumat pagi
01:19Bagaimanapun, pegawai polis meminta Tony untuk dirakam keterangan hari ini di IPD Petaling Jaya
01:25Proses rakaman bermula jam 4 petang dan berlangsung selama kira-kira 40 minit
01:30Menurutnya, siasatan turut melibatkan Seksyen 505 Kanun Kesiksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia
01:37Tony Pua berkata beliau memberi kerjasama penuh dan menyifatkan pegawai penyiasat sebagai profesional sepanjang proses tersebut
01:45Menurutnya, beliau dimaklumkan lebih 80 laporan polis telah diterima di seluruh negara berhubung isu sama
01:51Beliau terus sahkan hantaran Facebook itu ditulis sendiri dan menyatakan ia adalah untuk berkongsi pandangan beliau mengenai rukun negara
02:01Sultan Selangor, Sultan Syarafuddin Idris Syah Al-Haj menyeru umat Islam dan orang Melayu di negara ini
02:08Agar terus bersatu padu serta mengelakkan perpecahan yang boleh melemahkan kekuatan bangsa dan menimbulkan keresahan rakyat
02:15Menerusi titah perutusan sempena Hari Raya Aidiladha 2026, Baginda menegaskan Aidiladha mengajar erti pengorbanan, keikhlasan dan perpaduan umat
02:27Selain menjadi lambang kesatuan umat Islam tanpa mengira pangkat bangsa dan kedudukan
02:35Menurut Baginda, perpaduan amat penting dalam memastikan negara kekal aman, stabil dan dihormati
02:40Sultan Syarafuddin bertitah, Baginda turut memerhatikan terlalu banyak pertelingkahan dan perselisihan berlaku dalam kalangan ahli politik sejak akhir-akhir ini
02:49sehingga boleh menimbulkan keresahan rakyat
02:51Titah Baginda, semua pihak perlu mengambil iktibar daripada secara lampau
02:56apabila perpecahan dalam kalangan orang Melayu Islam membuka ruang kepada pihak luar untuk mengambil kesempatan dan melemahkan kuasa dan kedudukan
03:04bangsa Melayu di tanah air sendiri
03:06Pada masa sama, Baginda menegaskan perpaduan orang Melayu tidak harus disalah tafsir sebagai usaha untuk bermusuhan dengan kaum lain di
03:14negara ini
03:15Dalam titah sama, Sultan Syarafuddin turut menyeru semua kaum, bangsa dan agama di negara ini
03:21agar saling menghormati sensitiviti antara satu sama lain serta hidup dalam suasana aman dan damai
03:27Baginda turut mendoakan agar seluruh jemaah haji Malaysia dipermudahkan segala urusan ibadah
03:33dikunikan kesehatan yang baik dan kembali ke tanah air dengan selamat serta memperoleh haji yang mabrur
03:42Kerajaan Johor menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan segera terhadap dalang akaun TikTok palsu yang didakwa menghina dan mencemarkan imej yang
03:51di Pertuan Agong Sultan Ibrahim
03:52Menteri Besar Johor Datuk On Hafiz Ghazi berkata, Polis Diraja Malaysia, PDRM dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, MCMC perlu
04:03mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang terlibat
04:08Menerusi hantaran di Facebook, beliau menegaskan tindakan tersebut merupakan penghinaan serius terhadap institusi diraja
04:15Menurut beliau, perbuatan menggunakan nama dan memanipulasi wajah Sri Paduka Baginda menggunakan teknologi kecerasan buatan
04:22serta memaknaik tuduhan palsu adalah biadab dan tidak boleh diterima
04:26Katanya, tindakan itu bukan sahaja mencemarkan dan membaik Ketua Negara dan Raja Melayu beragama Islam
04:32Malah menyentuh sensitiviti umat Islam dan menggugat adab terhadap institusi Raja-Raja Melayu
04:37Beliau menegaskan, Kerajaan Johor tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang menghina yang di Pertuan Agong
04:43Dalam pada itu katanya, kebebasan bersuara tidak boleh digunakan sebagai alasan untuk menyebarkan fitnah, kebencian atau penghinaan terhadap institusi diraja
04:53Beliau dalam masa yang sama menyeru orang ramai agar tidak menyebarkan kandungan palsu dan segera mengaporkan hantaran yang menghina institusi
05:01diraja
05:02kepada pihak berkuasa
05:05Seorang suspek kes jenayah seksual yang diberkas Sabtu lalu selepas dipercayai mengurung, mengikat dan meliwat remaja lelaki berusia 14 tahun
05:15akan didakwa dalam masa terdekat selepas arahan pertuduhan diterima daripada pihak pendakwa raya
05:20Ketua Polis Langur, Datuk Syazli Kaha berkata, polis mengesahkan proses pertuduhan akan dilaksanakan dengan secepat mungkin
05:32Alhamdulillah, saya dimaklumkan arahan pertuduhan telah diberikan oleh Pejabat Timbalan Pendakwa Raya
05:39dan akan dibuat pertuduhan secepat mungkin
05:43Jadi bila dibuat pertuduhan, kita akan maklumkan berdekat dan melakam media
05:46untuk mendapatkan maklumat di mahkamah yang berkaitan
05:50Tapi dah dapat arahan pertuduhan
05:52Suspek ditahan di sebuah bilik sewa di Kuala Lumpur dan di Rehman 3 hari sehingga selasa
05:57sebelum perintah Rehman itu dilanjutkan 5 hari lagi
06:00Suspek yang dipercayai bekerja sebagai pemungut hutang itu
06:04mempunyai rekod baru keluar penjara pada April tahun lalu
06:08Dalam kejadian pada 12 Mei lalu, seorang remaja lelaki sebelum ini dilaporkan dikurung
06:14Didera termasuk dipercayai diliwat lelaki tidak dikenali
06:17di sebuah pangsa puri di Bukit Kemuning, Shah Alam
06:21Siasatan awal polis mendapati suspek mempedaya mangsa dengan mengajak remaja itu berbual
06:26sambil menawarkan satu pakej internet telefon bimbit
06:29dengan syarat mangsa membantu mengangkat barang ke rumah suspek
06:35Polis mengesahkan tiada unsur jenayah dikesan berkaitan kematian
06:39seorang pegawai kanan Jabatan Siasatan Jenayah IPK Selangor
06:42yang ditemukan maut terjatuh dari sebuah apartmen di Shah Alam pada Rabu
06:46Ketua Polis Langor Datuk Shazli Kaha berkata kes tersebut kini diklasifikasikan
06:51sebagai mati mengejut SDR
06:56Jelasnya siasatan awal mendapati insiden itu dipercayai berlaku
06:59akibat kemalangan dan tiada unsur jenayah setakat ini
07:03Dia berkata proses bedah siasat telah selesai dijalankan
07:06sebelum jenazah selamat dikebumikan di Kuantan Pahang
07:10Mengulas spekulasi di media sosial
07:12beliau menegaskan polis tidak menolak tindakan undang-undang
07:15sekiranya wujud unsur fitnah terhadap arwah atau keluarga
07:18Sekiranya spekulasi itu tidak benar dan ada berbau fitnah
07:23InsyaAllah report boleh dibuat dan tindakan siasat akan dijalankan
07:29Sekiranya dia parti komen-komen atau spekulasi yang tidak benar itu
07:33kerana boleh mengaibkan kepada arwah dan juga keluarga beliau
07:38Beliau berkata demikian pada sindang media di IPK Selangor pada Khamis
07:42Pada awal pagi Rabu, seorang pegawai kanan Jabatan Siasatan Jenayah
07:45Ibu Pejabat Polis Kontingen Selangor ditemukan maut
07:48selepas dipercayai terjatuh dari sebuah bangunan di Vista Alam Syahalam
07:52Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah Syahalam
07:55menerima maklumat berhubung kejadian tersebut pada jam 3.07 pagi
08:09Baik, 29 delegasi Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan global
08:13Sumut Fertila 2.0 telah dibebaskan pada Khamis dan sedang menuju ke Istanbul
08:19Ketua Pengarah Pusat Kawalan Sumut Nusantara Datuk Sani Arabi dalam sidang media pada Khamis
08:25juga berkata kesemua mereka dijangka berlepas dari Turki pada Sabtu dan tiba
08:30di lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur KLIA pada ahad ini
08:37Atas tekanan yang luar jangka serta semakin meluas dan menjatuhkan reputasi
08:44serta memberi tekanan langsung kepada pihak rejim penjajah ini
08:49yang pada awalnya merancang untuk menahan dalam jangka masa lama
08:56di penjara Ketziut terpaksa bebaskan semua tahanan tanpa syarat
09:03SNCC dimaklumkan oleh pihak yang amat berhormat Perdana Menteri
09:09Datuk Sri Anwar Ibrahim bahawa Presiden Turkiye
09:14Rajab Tayyip Erdogan telah menghantar 3 buah kapal terbang
09:20Turkish Airlines ke Ramon Airport yang terletak di Tanah Haram Israel
09:39Jangkitan paru-paru atau pneumonia dikenal pasti antara masalah kesihatan utama
09:44dalam kalangan Jemaah Haji Malaysia terutama ketika cuaca panas
09:48dan keletihan meningkat menjelang kemuncak ibadah haji
09:51Ketua Pakar Perubatan Haji Dr. Taufik Rosli berkata
09:55kebanyakan kes pneumonia yang dilaporkan berpunca daripada penurunan sistem imun badan
10:01akibat keletihan melampau serta kegagalan menjaga keperluan asas
10:05seperti minum air dan pengambilan ubat
10:10Menurut beliau terdapat Jemaah yang terlalu fokus kepada ibadah sehingga mengabaikan keperluan asas harian
10:15sekaligus memberi kesan kepada tahap kesihatan mereka
10:18Jadi ada setengah pesakit dia buat ibadah sampai dia terlupa perkara asas
10:24Rehat yang cukup, air atau hydration yang cukup
10:30dan juga ada setengahnya memang dia terlupa makan ubat
10:36Itu adalah common scenario, scenario yang biasa
10:40Bila berlaku begini, badan keadaan jadi stres
10:43Badan menjadi stres dan juga sistem imun badan akan turun
10:46Jadi bila sistem imun badan turun ni, banyaklah penyakit-penyakit kuman-kuman ni akan datang
10:50Dan commonly dekat sini sebab kita ada jutaan jemaah lain daripada negara-negara lain
10:55So banyaklah virus-virus yang jenis yang badan kita tak ada lagi antibody
11:01Yang itulah menyebabkan penyakit pneumonia ni sering berlaku
11:10Lembaga Tabung Haji TH memaklumkan dua jemaah haji Malaysia
11:14bagi musim haji 1447 hijrah meninggal dunia di Mekah dalam dua kejadian berasingan
11:22Kedua-dua jemaah dilaporkan meninggal dunia akibat komplikasi kesihatan
11:26dan telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan ala syaraya
11:33Dalam kenyataannya pada Khamis, TH berkata jemaah pertama merupakan seorang lelaki berusia 64 tahun
11:39daripada Buntah, Perak yang hadir bersama istrinya ke Tanah Suci
11:44Al-Oriaham disahkan meninggal dunia di Hospital King Faisal pada 19 Mei jam 8.29 malam akibat asma yang teruk
11:52Beliau merupakan jemaah yang dibawa oleh syarikat pengelola jemaah haji daripada kumpulan KT79
11:58dan menginap di Al-Safwa Hotel di Mekah
12:01Manakala jemaah kedua ialah seorang wanita berusia 66 tahun
12:05berasal dari Tawau Sabah yang hadir bersama suaminya ke Tanah Suci
12:10Al-Oriaham disahkan meninggal dunia di Hospital Saudi Jerman pada 20 Mei jam 10.50 pagi akibat serangan jantung
12:17Tabung haji memaklumkan kedua-dua jenazah telah dibawa ke Masjidil Haram
12:22untuk disembayangkan selepas selesai proses dokumentasi dan selamat dikemimikan di Tanah Perkeburan Al-Syaraya di Mekah
12:32Terdahulu, selamai lima jemaah haji Malaysia dilaporkan meninggal dunia sejak 2 Mei lalu
12:36Perkembangan terbaru itu menjadikan jumlah keseluruhan jemaah haji Malaysia yang meninggal dunia setakat ini meningkat kepada 7 orang
13:16Assalamualaikum, salam sejahtera
13:17Anda bersama saya Syaf Syukri bersama Juru Basis Syarat Muhammad Zaid Samad dan ini Sinar Awani
13:23Berikut merupakan antara paparan utama untuk malam ini
13:29Polis buka kertas siasatan Tony Pua dipanggil beri keterangan
13:36Bukit Aman siasat dalam fitnah hina yang dipertuan agung dalam TikTok
13:44Semua aktivis Sumud dan Freedom Fertilar ditahan Israel dibebaskan
13:51Juga kerajaan teliti bantuan subsidi ikut komitmen isi rumah
14:02Bekas ahli parlimen Damansara, Tony Pua memberi keterangan hampir 40 minit berhubung hantaran Facebook berkaitan rukun negara di ibu pejabat
14:10polis daerah IPD Petaling Jaya hari ini
14:13Menerusi hantaran di Facebook jelasnya beliau sebelum itu menerima panggilan dari IPD Syah Alam untuk dirakam keterangan di bawah Seksyen
14:21112 Kanun Tata Cara Jenayah pada Jumat pagi
14:27Bagaimanapun pegawai polis meminta Tony untuk dirakam keterangan hari ini di IPD Petaling Jaya
14:33Proses rakaman bermula jam 4 petang dan berlangsung selama kira-kira 40 minit
14:38Menurutnya siasatan turut melibatkan Seksyen 505 Kanun Kesiksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia
14:46Tony Pua berkata beliau memberi kerjasama penuh dan menyifatkan pegawai penyiasat sebagai profesional sepanjang proses tersebut
14:53Menurutnya beliau dimaklumkan lebih 80 laporan polis telah diterima di seluruh negara berhubung isu sama
15:00Beliau turut sahkan hantaran Facebook itu ditulis sendiri dan menyatakan ia adalah untuk berkongsi pandangan beliau mengenai rukun negara
15:10Titah Sultan Selangor Sultan Syarafuddin Idris Syah hadir pada waktu yang amat penting ketika wujud kecenderungan segelintir pihak untuk meniup
15:20api perkawaman
15:21Kata Datuk Seri Amiruddin Syari
15:22Beliau yang juga Menteri Besar Selangor turut berpendapat pihak tersebut turut memperalatkan sentimen agama dan institusi diraja demi kepentingan politik
15:32sempit
15:34Menerusi kenyataan pada Khamis, Amiruddin berkata semua pihak termasuk pebangkang harus menghentikan amalan selektif loyalty iaitu konon yang mempertahankan raja,
15:44agama dan bangsa
15:45Hanya apabila menguntungkan kedudukan politik mereka tetapi mengabaikan prinsip yang sama apabila tidak memihak kepada kepentingan sendiri
15:53Beliau turut menegaskan Malaysia dibina bukan atas kebencian kaum atau ketakutan agama tetapi atas semangat muafakat, persefahaman antara pelbagai latar
16:04belakang
16:04Tambahnya ia turut meliputi keluhuran undang-undang yang menerima asas pembinaan Malaysia
16:10Amiruddin turut menyentuh soal titah Sultan Syarafuddin untuk menghayati rukun negara secara menyeluruh termasuk membaca dan memahami latar belakang serta
16:20muka dimah
16:20Jelasnya rukun negara terkandung cita-cita besar para pendiri negara untuk membentuk sebuah masyarakat bersatu padu, demokratik, adil dan progresif
16:30Ahli Parlimen Gombak itu juga menyeru semua pihak meneliti Perlembagaan Persekutuan secara jujur dan bertanggungjawab
16:38Menurutnya, perkara empat Perlembagaan Persekutuan secara terang dan zahir memperuntukkan Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi negara
16:47Amiruddin turut menyelah sebarang cubaan untuk mengherotkan sejarah negara, menanam kebencian antara kaum
16:53ataupun mempersoalkan kerangka Perlembagaan demi keuntungan politik adalah tindakan tidak bertanggungjawab dan berbahaya kepada masa depan negara
17:04Unit Siasatan Jenayah Terkelas USJT, Jabatan Siasatan Jenayah JSJ membuka kertas siasatan berhubung kandungan yang memfitnah
17:13dan menghina yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menerusi akaun TikTok palsu
17:18Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk M. Kumar berkata
17:22tindakan itu diambil susulan pengesanan kandungan oleh pejabat media dan komunikasi keluarga di Raja Johor Royal Press Office
17:32Kumar menjelaskan siasatan dilakukan mengikut Akta Hasutan Seksyen 504 Kanun Kesiksaan
17:39iaitu sengaja mengaibkan seseorang dengan niat membangkitkan pecah keamanan
17:43Katanya siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998
17:50iaitu menyalahgunakan perkhidmatan atau kemudahan rangkaian
17:54M. Kumar menegaskan semua pihak perlu sentiasa berhati-hati dalam membuat hantaran di media sosial
18:01khususnya berkaitan agama, bangsa dan institusi di Raja 3R
18:06Pada rabu pejabat media komunikasi dan keluarga di Raja Johor menuntut tindakan tegas
18:12diambil terhadap pihak yang menghasilkan akaun TikTok palsu bagi memfitnah serta menghina Sultan Ibrahim
18:18Menerusi hantaran di Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
18:22pejabat itu memaklumkan akaun berkenaan menggunakan nama Sultan Ibrahim Ismail
18:27serta didapati memanfaatkan teknologi kecedasan buatan AI
18:31bagi menyebarkan kandungan berunsur penghinaan terhadap Seri Paduka Baginda
18:38Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia MCMC mengeluarkan tuntutan statutori
18:44terhadap platform media sosial TikTok
18:46susulan kegagalannya mengambil tindakan sewajarnya bagi menyekat kandungan menghina institusi di Raja Malaysia
18:52MCMC dalam kenyataan berkata tindakan itu dibuat selepas platform berkenaan didakwa gagal
18:58menurunkan kandungan bersifat jelek melampau, palsu, mengancam serta melibatkan akaun palsu
19:04yang dikaitkan dengan yang di Pertuan Agung Sultan Ibrahim
19:09Menurut MCMC, kandungan terbabit turut melibatkan video yang dijana menggunakan kecedasan buatan AI
19:15serta imej dimanipulasi yang dipercayai berpotensi melagar Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998
19:23Perkara tersebut tergolong dalam konteks 3R kaum, agama dan institusi di Raja
19:30yang amat sensitif dan boleh menjejaskan ketenteraan awam, keharmonian negara
19:35serta penghormatan terhadap institusi perlembagaan
19:38Katanya kegagalan itu termasuk tidak memastikan kandungan berkenaan diturunkan segera
19:44selain gagal menghalang penyebaran lanjut bahan memudaratkan tersebut
19:47Tambahnya, TikTok turut diminta memberi penjelasan rasmi berhubung kegagalan menangani kandungan berkenaan
19:54Dalam pada itu, MCMC menegaskan akan terus mengambil tindakan kawal selia
19:58dan perundangan yang perlu terhadap mana-mana penyalahgunaan platform digital
20:02yang boleh menggugat ketenteraan awam
20:1429 delegasi Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan global Sumut Flotilla 2.0
20:22telah dibebaskan pada Kamis dan sedang menuju ke Istanbul
20:26Ketua Pengarah Pusat Kawalan Sumut Nusantara Datuk Sani Arabi
20:30dalam sidang media pada Kamis juga berkata
20:33kesemua mereka dijangka berlepas dari Turki pada Sabtu
20:36dan tiba di lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur KLIA pada ahad ini
20:43Atas tekanan yang luar jangka serta semakin meluas dan menjatuhkan reputasi
20:51serta memberi tekanan langsung kepada pihak rejim penjajah ini
20:56yang pada awalnya merancang untuk menahan dalam jangka masa lama
21:02di penjara Ketziut terpaksa bebaskan semua tahanan tanpa syarat
21:11SNCC dimaklumkan oleh pihak Yang Amat Berhormat Perdana Menteri
21:16Datuk Sri Anwar Ibrahim bahawa Presiden Turkiya Rajab Tayyip Erdogan
21:23telah menghantar tiga buah kapal terbang Turkish Airlines
21:28ke Ramon Airport yang terletak di Tanah Haram, Israel
21:454 hari menjelang wukuf di Arafah
21:49Jemaah Haji Malaysia kini berada di fasa akhir persediaan
21:52dengan tumpuan diberikan kepada kesiapsiagaan fizikal
21:56kesihatan dan emosi bagi menghadapi kemuncak ibadah haji
22:00dalam tempoh kritikal ini jemaah diingatkan supaya mengurangkan aktiviti
22:04yang tidak perlu menjaga tahap kesihatan
22:07serta memperbanyakkan ibadah sebagai persediaan
22:10menghadapi fasa masyair yang menuntut ketahanan, disiplin
22:14dan keupayaan mengawal diri dalam suasana mencabar
22:17Laporan lanjut, pesama rakan setugas Hilal Azmi
22:22Baik, terima kasih kepada rakan setugas di pusat penyiaran Asia Bukit Jalil
22:26dan pastinya tinggal 5 hari lagi menjelang wukuf di Arafah
22:31dan pastinya debaran, pastinya keterujaan Jemaah Haji
22:36dan juga petugas-petugas haji di Mekak Al-Mukar Roma ini juga
22:39berada pada tahap yang tertinggi juga
22:41sebab apa semuanya sedang teruja
22:43untuk menyediakan diri dan menyediakan
22:46bagi operasi masyair yang dijadual akan berlangsung pada isnin depan
22:52yang mana bermula ahad malam ini
22:53pergerakan Jemaah Malaysia akan mula bergerak
22:57dari penginapan mereka untuk ke lokasi-lokasi masyair
23:01dan kenapa kita panggilnya sebagai operasi masyair
23:04operasi masyair ini adalah operasi di mana membabitkan
23:07tiga tapak suci iaitu Arafah, Muzdalifah dan juga Mina
23:13dan pastinya ini adalah satu pergerakan yang cukup besar
23:17yang mana ia memerlukan pergerakan manusia
23:20sekitar 1 hingga 2 juta manusia
23:22yang terkoordinasi dari satu tempat ke satu tempat
23:26yang memerlukan operasi yang cekap, cepat dan juga tepat
23:30sebab apa setiap kelewatan akan menyebabkan
23:33kesesakan luar biasa yang memungkinkan rasa tidak selesa
23:38kepada Jemaah Haji di seluruh dunia
23:40dan pastinya juga hari ini adalah apa yang berlaku
23:42di Maktab-Maktab membabitkan Jemaah Malaysia adalah
23:47mereka semua diberikan taklimat berkaitan dengan bagaimana
23:53pergerakan mereka dan bagaimana mereka boleh menjalankan
23:57ibadah-ibadah di lokasi-lokasi yang telah ditetapkan
24:00seperti Arafah, Muzdalifah dan Mina
24:02dan pada masa sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Halil Waragama
24:06Dr. Zulkifli Hassan juga ada bertemu dengan
24:10jemaah-jemaah di setiap Maktab
24:12dan antara pesanan-pesanan beliau adalah
24:15satu, kita pastikan disiplin dan juga nama baik Malaysia
24:20dikekalkan, dijaga dengan baik
24:22sebab apa? Malaysia memang terkenal dengan nama baik
24:25sebagai jemaah yang berdisiplin dan sentiasa mengikut arahan
24:29dan dengan keduanya, jemaah Malaysia adalah jemaah yang
24:32sentiasa menjaga kebersihan
24:34itu antara benda yang beliau ingatkan berkali-kali
24:37dalam setiap sesi bersama dengan jemaah di setiap Maktab
24:40dan pada masa sama juga, pergerakan jemaah ini juga
24:43akan berlaku bermula malam sampai lah ke pagi
24:48dan kesemua ini akan kami bawakan kepada anda dari masa ke masa
24:52sebab pergerakan ini adalah pergerakan yang besar
24:55dan kita sama-sama berdoa
24:57kita juga meminta doa daripada rakyat Malaysia
24:59supaya operasi ini dapat berjalan dengan lancar
25:02dan semuanya berada dalam keadaan selamat, sihat
25:05dan mendapat haji yang mabrul
25:08itu saja dulu laporan saya Hilal Azmi dan juga Ehsan Yaya
25:11dari Mekah Al-Mukarramah
25:13kembali dulu kepada Rakyat Tugas di Pusat Pengiaran Asia, Bukit Jalin
25:32bertemu kembali
25:34kerajaan sedang meneliti pendekatan lebih adil dan menyeluruh
25:37dalam menentukan kelayakan bantuan serta subsidi rakyat
25:41dengan mengambil kira pendapatan boleh guna bersih
25:43dan komitmen sebenar isi rumah
25:45berbanding hanya bergantung kepada
25:47klasifikasi tradisional
25:49B40, M40 dan T20
25:52Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Muhammad Nasir berkata
25:55pendekatan itu dibangunkan berasaskan
25:58perbelanjaan asas kehidupan wajar
26:00bagi membolehkan penilaian lebih tepat dibuat
26:03terhadap keadaan sebenar sesebuah isi rumah
26:09Menurut Akmal Nasrullah, pendekatan berkenaan
26:12turut mengambil kira realiti krisis global semasa
26:15yang boleh meningkatkan tekanan kos sara hidup rakyat
26:18sekiranya berlarutan
26:19Katanya, kaedah itu mempertimbangkan kos asas kehidupan wajar
26:24berdasarkan lokasi tempat tinggal, jumlah tanggungan keluarga
26:28serta komitmen kewangan yang perlu ditanggung oleh isi rumah
26:31Kita juga mengentengahkan perbincangan
26:35mengenai bagaimana melihat keupayaan kehidupan rakyat itu
26:41bukan hanya berteraskan kepada pendapatan semata-mata
26:44dan perbincangan ini kita bawakan juga dari segi konsep
26:50dari segi melihat bahawa pendapatan yang ada itu
26:54perlu mengambil kira perbelanjaan asas
26:57untuk seseorang itu ataupun seisi rumah meneruskan kehidupan yang wajar
27:02Mengulas sama ada pendekatan itu akan menggantikan
27:06klasifikasi pendekatan sedia ada seperti B40, M40 dan T20
27:11Akmal Nasrullah berkata
27:13tiada keputusan dibuat setakat ini
27:15kerana perkara tersebut masih di peringkat perbincangan
27:18selain memerlukan persetujuan kerajaan
27:20termasuk kabinet serta majlis tindakan ekonomi negara
27:24Beliau berkata pendekatan yang dibincangkan tidak lagi tertumpu
27:28kepada pengkelasan kumpulan pendapatan
27:30sebaliknya memberi penengkanan kepada situasi sebenar isi rumah
27:34berdasarkan tanggungan dan komitmen masing-masing
27:39Malaysia mencatat peningkatan ketara dalam tahap kepercayaan rakyat
27:44terhadap institusi utama negara
27:46meningkat kepada 71 mata tahun ini berbanding 66 mata pada tahun 2025
27:52Namun menurut Ketua Pegawai Eksekutif Adelman Malaysia
27:55dan penasihatkanan Adelman Asia Tenggara
27:57Mazuin Zin
27:59di sebalik perkembangan positif itu
28:01Kajian terbaru Adelman Trust Barometer 2026
28:05mendedahkan wujud kebimbangan terhadap peningkatan
28:08tidak mempercayai golongan yang mempunyai perbezaan pandangan
28:12latar belakang serta sumber maklumat
28:16Ujarnya pencapaian itu sekaligus meletakkan Malaysia
28:19di tangga ketujuh paling dipercayai
28:21daripada 28 pasaran global yang dikaji
28:23Bagaimanapun beliau menegaskan cabaran seterusnya adalah
28:26untuk memperluaskan kepercayaan tersebut
28:28merentasi kelompok masyarakat yang berbeza
28:30Tahap kepercayaan sedia ada dilihat lebih tertumpu
28:34dalam kalangan individu yang berkongsi nilai
28:36sumber maklumat serta komuniti yang sama
28:39dan tegasnya, Malaysia tidak boleh terus bergantung
28:42kepada tahap kepercayaan yang tinggi
28:43sekiranya jurang dalam masyarakat semakin melebar
28:46Usaha merapatkan jurang berkenaan bukan sahaja penting
28:49dari sudut sosial
28:50malah kritikal dalam memastikan pertumbuhan negara
28:53dapat diteruskan
28:54Di samping itu, beliau turut menekankan peranan komunikasi
28:58sebagai elemen penting dalam menyatukan masyarakat
29:00Kajian mendapati 65% rakyat Malaysia
29:04mempunyai kecenderungan Insular Trust Mindset
29:06iaitu berasa ragu atau enggan mempercaya
29:09individu yang berbeza daripada mereka
29:11dari segi nilai, pandangan sosial atau latar budaya
29:14Hasil kajian juga menunjukkan
29:16hanya 37% rakyat Malaysia mendapatkan maklumat
29:19daripada sumber yang mempunyai pandangan politik berbeza
29:21sekurang-kurangnya sekali seminggu
29:24Sementara itu, dari segi institusi
29:26tahap kepercayaan terhadap perniagaan berada pada 76%
29:29diikuti kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan
29:32masing-masing pada 72%
29:34media sepenyak 65%
29:36serta majikan pada 82%
29:38dalam kalangan pekerja
29:39Menurut Presiden Malaysian Press Institute MPI
29:43Datuk Yong Suh Yong
29:44tahap kepercayaan tinggi dalam kalangan rakyat
29:47terhadap institusi dan sektor perniagaan
29:49merupakan aset penting negara
29:51Kepercayaan tersebut mampu membantu
29:53memperkukuhkan pertumbuhan ekonomi
29:55serta perpaduan masyarakat
29:57dalam suasana global yang semakin mencabar
29:59Beliau turut mengingatkan bahawa
30:01ketidaktentuan ekonomi global, isu geopolitik
30:04serta tindakan pihak tertentu
30:06yang memainkan sentimen kaum dan agama
30:08boleh menjejaskan usaha membina perpaduan
30:11Tegasnya, perpecahan yang berterusan dalam masyarakat
30:14berpotensi meruntuhkan asas penyatuan
30:16jika tidak ditangani dengan segera
30:46Kita teruskan dengan laporan global
30:48Iran mengumumkan perujudan
30:50Zon maritim terkawal di kawasan strategik
30:53Selat Hormuz menerusi badan baru
30:55dikenali sebagai
30:56The Straight Authority
30:58Menurut kenyataan pihak berkuasa itu
31:01dalam Platform X
31:02semua pergerakan kapal yang menggunakan
31:04laluan berkenaan perlu mendapatkan
31:06penyelarasan dan kebenaran rasmi
31:08daripada badan tersebut
31:12Zon maritim terkawal itu melibatkan kawasan
31:15di bahagian timur dan barat Selat Hormuz
31:17termasuk laluan yang menghubungkan
31:18Kuhi Mubarak dan Fujairah
31:20serta kawasan berhampiran pulau Qashem
31:22dan Um Al-Qua'in
31:24Langkah itu dibuat selepas Iran
31:26sebelum ini menubuhkan
31:27Persian Gulf Street Authority
31:29bagi mengurus dan memantau Selat Hormuz
31:31yang menjadi antara laluan perdagangan minyak
31:34yang paling penting di dunia
31:35Selat Hormuz menghubungkan Teluk Parsi
31:38dengan Laut Oman
31:38dan menjadi laluan utama ekspor minyak mentah
31:41dari negara-negara Teluk
31:42termasuk Arab Saudi
31:43Emirah Arab Bersatu
31:44Kuwait
31:45dan juga Iraq
31:47Kawasan itu turut menjadi tumpuan
31:49ketegangan geopolitik
31:50sejak beberapa tahun kebelakangan ini
31:51susulan persaingan antara Iran
31:53dan Amerika Syarikat
31:54serta isu keselamatan maritim
31:56di rantau berkenaan
31:59Penganalisis melihat
32:00langkah Teheran itu berpotensi
32:01meningkatkan kebimbangan komuniti antarabangsa
32:03terhadap kebebasan pelayaran
32:05dan keselamatan perdagangan global
32:07khususnya
32:08melibatkan bekalan tenaga dunia
32:21Lembaga Keamanan BOP
32:23yang ditubuhkan Presiden Amerika Syarikat
32:25Donald Trump
32:25untuk menyelia pentadbiran
32:27dan pembinaan semula Gaza
32:28kini berdepan kekurangan dana
32:31bagi melaksanakan usaha berkenaan
32:33Badan tersebut dikatakan
32:34berdepan jurang besar
32:36antara jumlah sebenar dana
32:37yang disalurkan
32:38dengan angka 17 bilion dolar Amerika
32:41sebagaimana dijanjikan
32:43kepada organisasi berkenaan
32:46Laporan bertarikh 15 Mei
32:48kepada Majlis Keselamatan Pertumbuhan
32:50Bangsa-Bangsa Bersatu UNSC
32:52mendedahkan
32:53dana yang dijanjikan
32:54tetapi belum disalurkan itu
32:56menyebabkan perbezaan besar
32:57dalam rangka kerja yang wujud
32:59di atas kertas
33:00dan yang benar-benar dilaksanakan
33:02di lapangan untuk rakyat Gaza
33:03Kekurangan dana itu
33:05turut mencetuskan kebimbangan
33:06tahap keberkesanan BOP
33:08yang sebelum ini dikritik
33:09kerana didakwa cuba mengetepikan
33:11peranan organisasi antarabangsa
33:13dan badan perantuan lain
33:14yang tidak dikendaki Israel
33:16dalam usaha membentuk
33:17masa depan Gaza
33:18Laporan menyebut sebelum ini
33:20BOP hanya menerima
33:22sebagian kecil
33:22daripada 17 bilion dolar
33:24dana yang dijanjikan
33:25namun laporan tersebut
33:26ditolak oleh badan itu
33:28selepas mendakwa
33:29tiada sekatan keuangan yang berlaku
33:31Kos pembinaan semula Gaza
33:33yang sebagian besar
33:34kawasannya muslah
33:35akibat perang Israel
33:36dianggarkan mencecah
33:3870 bilion dolar
33:39Laporan kepada UNSC
33:41menyatakan jurang pembayaan
33:43perlu ditutup dengan segera
33:44namun tidak memperincikan
33:45saiz sebenar
33:46kekurangan dana tersebut
33:48BOP diluluskan oleh PBB
33:50sebagai sebagian daripada
33:51pelan damai antara Israel
33:53dan kumpulan Hamas
33:54namun beberapa negara memilih
33:56untuk tidak menyertai
33:57badan tersebut
33:58Negara seperti Amerika Syarikat
33:59Arab Saudi
34:00Emirah Arab Bersatu
34:01UAE dan Qatar
34:02menjanjikan dana
34:04kepada lembaga itu
34:04termasuk Maghribi
34:06Uzbekistan
34:07serta Kuwait
34:08Israel pula terus
34:09menyekat akses
34:10bantuan kemanusiaan
34:11ke Gaza
34:11serta melancarkan serangan
34:13berulang
34:13yang membunuh
34:14lebih 800 rakyat
34:15Palestine
34:16di wilayah tersebut
34:17sejak gencatan senjata
34:18berkuat kuasa
34:19pada Oktober lalu
34:22dan laporan itu tadi
34:23Mahiri
34:24Sinarawani
34:24untuk malam ini
34:25dengan itu
34:26saya Syaf Shukri
34:27Assalamualaikum
34:27Salam Hormat
34:28kita jumpa lagi
34:34Terima kasih kerana menonton!
34:38Terima kasih kerana menonton!
34:45Terima kasih kerana menonton!
34:47Terima kasih kerana menonton!
34:48Terima kasih kerana menonton!
34:49Terima kasih kerana menonton!
34:50Terima kasih kerana menonton!
34:50Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended