Skip to playerSkip to main content
Empat hari menjelang wukuf di Arafah, jemaah haji Malaysia kini berada di fasa akhir persediaan, dengan tumpuan diberikan kepada kesiapsiagaan fizikal, kesihatan dan rohani bagi menghadapi kemuncak ibadah haji.

#LaporanHaji2026
#KhabarHaji2026
Transcript
00:00Empat hari menjelang wukuf di Arafah, Jemaah Haji Malaysia kini berada di fasa akhir persediaan dengan tumpuan diberikan kepada kesiapsiagaan
00:10fizikal, kesihatan dan emosi bagi menghadapi kemuncak ibadah haji.
00:14Dalam tempoh kritikal ini, Jemaah diingatkan supaya mengurangkan aktiviti yang tidak perlu menjaga tahap kesihatan serta memperbanyakkan ibadah sebagai persediaan
00:24menghadapi fasa masyair yang menuntut ketahanan, disiplin dan keupayaan mengawal diri dalam suasana mencabar.
00:32Laporan lanjut bersama Rakan Setugas Hilal Azmi.
00:36Baik, terima kasih kepada Rakan Setugas di Pusat Penyiaran Asia Bukit Jalil dan pastinya tinggal 5 hari lagi menjelang wukuf
00:45di Arafah dan pastinya debaran, pastinya keterujaan Jemaah Haji dan juga petugas-petugas haji di Mekak Al-Mukar Roma ini
00:53juga berada pada tahap yang tertinggi juga.
00:55Sebab apa? Semuanya sedang teruja untuk menyediakan diri dan menyediakan bagi operasi masyair yang dijadual akan berlangsung pada Isnin depan.
01:06Yang mana bermula Ahad malam ini, pergerakan Jemaah Malaysia akan mula bergerak dari penginapan mereka untuk ke lokasi-lokasi masyair.
01:15Dan kenapa kita panggilnya sebagai operasi masyair? Operasi masyair ini adalah operasi di mana membabitkan 3 tapak suci iaitu Arafah,
01:25Muzdalifah,
01:25dan juga Mina. Dan pastinya ini adalah satu pergerakan yang cukup besar.
01:31Yang mana ia memerlukan pergerakan manusia sekitar 1 hingga 2 juta manusia yang terkoordinasi dari satu tempat ke satu tempat
01:40yang memerlukan operasi yang cekap, cepat dan juga tepat.
01:45Sebab apa? Setiap kelewatan akan menyebabkan kesesakan luar biasa yang memungkinkan rasa tidak selesa kepada Jemaah Haji di seluruh dunia.
01:54Dan pastinya juga hari ini adalah apa yang berlaku di Maktab-Maktab membabitkan Jemaah Malaysia adalah mereka semua diberikan taklimat
02:06berkaitan dengan bagaimana pergerakan mereka
02:08dan bagaimana mereka boleh menjalankan ibadah-ibadah di lokasi-lokasi yang telah ditetapkan seperti Arafah, Muzdalifah dan Mina.
02:16Dan pada masa sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Halil Waragama, Dr. Zulkifli Hassan juga ada bertemu dengan Jemaah-Jemaah
02:26di setiap Maktab.
02:27Dan antara pesanan-pesanan beliau adalah satu, kita pastikan disiplin dan juga nama baik Malaysia dikekalkan, dijaga dengan baik.
02:36Sebab apa? Malaysia memang terkenal dengan nama baik sebagai Jemaah yang berdisiplin dan sentiasa mengikut arahan.
02:44Dan dengan keduanya, Jemaah Malaysia adalah Jemaah yang sentiasa menjaga kebersihan.
02:48Itu antara benda yang beliau ingatkan berkali-kali dalam setiap sesi bersama dengan Jemaah di setiap Maktab.
02:54Dan pada masa sama juga, pergerakan Jemaah ini juga akan berlaku bermula malam sampai lah ke pagi.
03:02Dan kesemua ini akan kami bawakan kepada anda dari masa ke masa.
03:06Sebab pergerakan ini adalah pergerakan yang besar dan kita sama-sama berdoa.
03:12Kita juga meminta doa daripada rakyat Malaysia supaya operasi ini dapat berjalan dengan lancar
03:16dan semuanya berada dalam keadaan selamat, sihat dan mendapat haji yang mabrul.
03:23Itu saja dulu laporan saya Hilal Azmi dan juga Ehsan Yaya dari Mekah Al-Mukarromah.
03:27Kembali dulu kepada rakyat tugas di Pusat Penyiaran Asia, Bukit Jalin.
Comments

Recommended