00:00Bekas Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua memberi keterangan hampir 40 minit berhubung hantaran Facebook berkaitan rukun negara di Ibu Pejabat
00:09Polis daerah IPD Petaling Jaya hari ini.
00:11Menerusi hantaran di Facebook, jelasnya beliau sebelum itu menerima panggilan dari IPD Syahlam untuk dirakam keterangan di bawah Seksyen 112
00:20Kanun Tata Cara Jenayah pada Jumat pagi.
00:25Bagaimanapun, pegawai polis meminta Tony untuk dirakam keterangan hari ini di IPD Petaling Jaya.
00:31Proses rakaman bermula jam 4 petang dan berlangsung selama kira-kira 40 minit.
00:36Menurutnya, siasatan turut melibatkan Seksyen 505 Kanun Kesiksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.
00:44Tony Pua berkata beliau memberi kerjasama penuh dan melifatkan pegawai penyiasat sebagai profesional sepanjang proses tersebut.
00:51Menurutnya, beliau dimaklumkan lebih 80 laporan polis telah diterima di seluruh negara berhubung isu sama.
00:58Beliau turut sahkan hantaran Facebook itu ditulis sendiri dan menyatakan ia adalah untuk berkongsi pandangan beliau mengenai rukun negara.
01:05Terima kasih.
01:06Terima kasih.
01:06Terima kasih.
Comments