Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
Kerajaan Negeri Perak menandatangani Memorandum Kerjasama Strategik bersama syarikat dari China bagi meneroka pelaburan mencecah RM200 juta dalam pembangunan projek tenaga hijau berasaskan konsep floating aqua-voltaic di Tanjong Tualang.
Transcript
00:00Satu memorandum kerjasama strategik di Bertrai melibatkan pelaburan mencecah RM200 juta bagi pembangunan projek tenaga hijau berasaskan konsep floating aquavoltaik
00:12di Tanjung Tualang.
00:14Menteri Besar Perak, Datuk Seri Sarani Mohamad berkata memorandum yang dipersetujui antara Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak, Perak SADC dengan
00:24syarikat berpangkalan di China, Shuifa Energy Group Company Limited.
00:30Antara lain, ia adalah sebahagian daripada misi perdagangan dan pelaburan Kerajaan Negeri Perak ke China yang berlangsung dari 17 hingga
00:3824 Mei.
00:39Langkah itu juga mencerminkan komitmen Kerajaan Negeri dalam memperkukuh hubungan pelaburan strategik, khususnya dalam sektor tenaga hijau, kelestarian serta pembangunan
00:50ekonomi berimpak tinggi.
00:51Fokus kerjasama tertumpu kepada penerokaan projek floating aquavoltaik berkapasiti 30 MW puncak di Tanjung Tualang, tertakluk kepada kajian keboleh laksanaan
01:02kelulusan pihak berkuasa dan pemuktamadan perjanjian komersial.
01:08Selain itu, Shuifa Energy Group menyatakan hasrat pelaburan awal secara indikatif sekitar RM180 juta hingga RM200 juta dalam tempoh tiga
01:18tahun.
01:19Jelas sarani kerjasama tersebut dijangka membuka ruang kepada perkongsian kepakaran teknikal, pelaburan dan teknologi dalam pembangunan projek tenaga boleh baharu
01:30di Perak.
01:31Sementara itu, persefahaman turut merangkumi kajian teknikal, komersial, undang-undang dan kawal selia bagi menilai daya maju projek termasuk struktur
01:41kerjasama, modal pelaksanaan, keperluan kelulusan serta manfaat kepada komuniti setempat.
01:47Manakala misi ke China itu turut melibatkan sesi padanan perniagaan serta lawatan strategik berkaitan sektor automotif, bandar pintar, teknologi digital
01:58dan pusat data bagi memperluas jaringan pelaburan serta meneroka peluang kerjasama baharu untuk negeri Perak.
02:06Terima kasih.
02:07Terima kasih.
02:08Terima kasih.
Comments

Recommended