Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
Pelabur asing kekal sebagai pembeli bersih Bon Malaysia pada April walaupun kemasukan dana perlahan kepada RM3.8 bilion daripada RM6.1 bilion pada Mac.BON MALAYSIA
Transcript
00:00Pelabur asing kekal sebagai pembeli bersih bon Malaysia pada April walaupun kemasukan dana perlahan kepada RM38.000 daripada RM6.1
00:10.000 pada Mac menurut Rating Services Seberhat ia dipacu terutamanya oleh permintaan kukuh terhadap hutang korporat.
00:21Agensi penarafan itu berkata bon korporat menarik RM3.7 bilion dalam kemasukan bersih dana asing paras bulanan tertinggi dalam rekod
00:30sejak 1999 sekaligus melanjutkan momentum pada Mac sebanyak RM2.8 bilion.
00:36Manakala penyertaan asing dalam sekuriti kerajaan merangkumi sekuriti kerajaan Malaysia MGS dan terbitan pelaburan kerajaan GII secara amnya adalah stabil
00:47dengan kemasukan dana sebanyak RM48.8 juta pada April daripada RM3.8 bilion pada Mac.
00:55Jelasnya aliran berkenaan menunjukkan minat pelabur yang berterusan terhadap bon korporat Malaysia sepanjang dua bulan lalu.
01:03Ia menyatakan bahawa hasil pembendaharan Amerika Syarikat bagi tempoh 10 tahun meningkat kepada 4.4% pada akhir April menggambarkan
01:13jangkaan persekitaran kadar faedah Amerika kekal tinggi bagi tempoh lebih lama.
01:17Sebaliknya, hasil MGS bagi tempoh 10 tahun menyederhana kepada 3.61% daripada 3.66% pada akhir Mac di
01:28pacu kecairan domestik yang stabil selain pembelian berterusan daripada pelabur institusi tempatan.
01:34Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended