Skip to playerSkip to main content
  • 1 minute ago
Sektor automotif Malaysia akan berdepan pertumbuhan lebih perlahan pada tahun ini walaupun terdapat peningkatan sementara dalam jualan kenderaan pada bulan-bulan tertentu.
Transcript
00:00Sektor otomatif Malaysia akan berdepan pertumbuhan lebih perlahan pada tahun ini walaupun terdapat peningkatan sementara dalam jualan kenderaan pada bulan
00:09-bulan tertentu.
00:10CGS International, CGSI menjangkakan jualan pada Mei hingga Jun 2026 akan lebih lemah berikutan jumlah hari bekerja yang lebih sedikit
00:21serta permintaan bermusim yang menurun selepas musim perayaan.
00:27Firma penelidikan itu berkata jumlah keseluruhan industri TIV pada April 2026 mencatatkan peningkatan kukuh sebanyak 17% tahun ke tahun
00:38namun prestasi ini lebih banyak didorong faktor sementara seperti pengaturan selepas musim perayaan hari raya.
00:45Situasi itu tidak mencerminkan tren sebenar jangka panjang kerana asas perbandingan tahun sebelumnya yang tinggi serta keadaan ekonomi lebih mencabar
00:54dijangka menekan permintaan pada separuh kedua 2026.
00:59Tambahnya lagi, walaupun permintaan untuk segmen kenderaan elektrik menunjukkan pertumbuhan luar biasa, ia masih belum cukup mengimbangi kelembapan keseluruhan pasaran
01:08kereta konvensional.
01:11Selain itu, tekanan kos arah hidup yang masih tinggi serta ketidaktentuan harga bahan api dijangka beri kesan kepada sentimen pengguna
01:18sekaligus mengurangkan keinginan membeli kenderaan baharu dalam tempoh terdekat.
01:24CGSI berkata ia mengekalkan unjuran jumlah keseluruhan industri TIV bagi tahun 2026 pada 755,000 unit iaitu penurunan sekitar 8
01:35% berbanding tahun sebelumnya, menandakan jangkaan pasaran yang lebih konservatif.
01:41Bagaimanapun, sektor automotif tidak dilihat sebagai lemah sepenuhnya, sebaliknya berada dalam fasa penstabilan selepas tempoh pertumbuhan kukuh pada tahun-tahun
01:51sebelumnya dan firma itu mengekalkan penarafan neutral terhadap sektor automotif.
01:58Terima kasih.
01:58Terima kasih.
02:00Terima kasih.
Comments

Recommended