Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menegaskan, semua pihak termasuk pembangkang perlu menghentikan amalan atau sikap memilih-milih dalam mempertahankan institusi Raja, agama dan bangsa hanya ketika menguntungkan kedudukan politik.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Sebelum kami mengundur diri, ini satu lagi perkembangan yang baru kami terima di mana semua pihak termasuk pembangkang perlu menghentikan
00:06amalan atau sikap memilih-milih dalam mempertahankan institusi raja, agama dan bangsa hanya ketika menguntungkan kedudukan politik.
00:15Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amiruddin Syari berkata, pendekatan sedemikian yang mengabaikan prinsip sama apabila tidak selari dengan kepentingan sendiri
00:23boleh merosakkan keharmonian negara.
00:25Amiruddin menjunjung kasih titah nasihat Sultan Selangor, Sultan Syarafri Idris Shah sempena sambutan Aidil Adha yang menekankan kepentingan perpaduan umat,
00:35keharmonian masyarakat berbilang kaum serta tanggungjawab memelihara keamanan dan kestabilan negeri serta negara.
00:42Katanya titah tuanku hadir pada waktu yang amat penting ketika wujud kecenderungan segelintir pihak meniup sentimen perkawaman, memperalatkan agama dan
00:53institusi diraja demi kepentingan politik sempit.
00:56Amiruddin menegaskan terdapat pihak yang berdiam diri apabila institusi diraja dihina namun bersuara hanya apabila ia menguntungkan agenda politik tertentu.
01:06Beliau turut menyerut rakyat menghayati rukun negara secara menyeluruh termasuk memahami muka dimahnya yang menjadi asas pembentukan masyarakat bersatu padu,
01:15demokratik, adil dan progresif.
01:17Perincian lanjut kami bawakan di astroawani.com
Comments

Recommended