00:00Iran mengumumkan perwujudan zon maritim terkawal di kawasan strategik Selat Hormuz menerusi badan baru yang dikenali sebagai Persian Gulf Strait
00:08Authority.
00:09Menurut penyataan pihak berkuasa itu dalam platform X, semua pergerakan kapal yang menggunakan laluan berkenaan perlu mendapatkan penyelarasan dan kebenaran
00:18rasmi daripada badan tersebut.
00:23Zon maritim terkawal itu melibatkan kawasan di bahagian timur dan barat Selat Hormuz termasuk laluan yang menghubungkan Kuhi Mubarak dan
00:31Fujairah serta kawasan berhampiran Pulau Qashem dan Um Al-Qua'in.
00:36Langkah itu dibuat selepas Iran sebelum ini menubuhkan Persian Gulf Strait Authority bagi mengurus dan memantau Selat Hormuz yang menjadi
00:43antara laluan perdagangan minyak yang paling penting di dunia.
00:47Selat Hormuz menghubungkan Teluk Parsi dengan Laut Oman dan menjadi laluan utama ekspor minyak mentah dari negara-negara Teluk termasuk
00:54Arab Saudi, Emirah Arab Bersatu, Kuwait dan juga Irak.
00:58Kawasan itu turut menjadi tumpuan ketegangan geopolitik sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
01:03Susulan persaingan antara Iran dan Amerika Syarikat serta isu keselamatan maritim di rantau berkenaan.
01:09Penganalisis melihat langkah Teheran itu berpotensi meningkatkan kebimbangan komuniti antarabangsa terhadap kebebasan pelayaran dan keselamatan perdagangan global, khususnya melibatkan bekalan
01:20tenaga dunia.
01:21Terima kasih.
01:24Terima kasih.
Comments