00:00Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Haji Jinur mengingatkan rakyat agar tidak menjadikan isu tuntutan 40% hasil negeri sebagai pembakar
00:09jambatan antara kerajaan negeri dan persekutuan.
00:13Jelasnya Sabah masih memerlukan kerjasama Putrajaya untuk memastikan agenda pembangunan negeri dapat diteruskan khususnya di kawasan luar bandar.
00:25Menurut Haji Jin, hubungan baik kerajaan negeri dan persekutuan telah membantu membawa lebih banyak kuasa serta peruntukan pembangunan kepada Sabah
00:33sejak lima tahun lalu.
00:35Antaranya pelaksanaan projek bekalan air pipe luar bandar yang melibatkan peruntukan lebih 4 bilion ringgit.
00:42Jangan kita gaduh dengan kerajaan persekutuan. Rugi kita kerana untuk membangunkan Sabah ini kita perlu pertolongan kerajaan persekutuan.
00:56Walaupun umpamanya di masa akan datang peruntukan hasil kita, kalaulah ditakdirkan dengan bayaran 40% ini lebih daripada 10 bilion
01:10setiap tahun.
01:12Tetapi kita masih juga memerlukan kerjasama kerajaan persekutuan untuk kita terus menjadi sebuah negeri yang maju di dalam negara Malaysia
01:24yang merdeka ini.
01:26Haji Jin berkata demikian ketika merasmikan Pesta Keamatan Peringkat Daerah Tongot pada Rabu.
01:32Katanya tema keamatan tahun ini menuai perpaduan meraih keharmonian membawa mesej penting mengenai perpaduan dan keharmonian yang perlu terus diperlihara
01:42demi generasi yang akan datang.
Comments