00:00Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Hanah Yuh, membuat laporan polis berhubung fitnah yang menuduhnya menggunakan formula tertentu untuk menukar status
00:09kediaman di Taman Segar Ceras daripada pegangan pajakan kepada pegangan bebas dalam tempoh singkat.
00:16Hanah menerusi hantaran di media sosial menyifatkan dawaan itu sebagai keterlaluan dan tidak berasas.
00:23Terdahulu penyelidik Akademi Tamadun Alam Melayu, Zahara Sulaiman, mempersoalkan bagaimana Hanah didakwa berjaya menukar status rumah di Taman Segar Ceras
00:32daripada leasehold kepada freehold dalam tempoh singkat.
00:37Menurut Zahara, ramai rakyat khususnya orang Melayu masih menunggu bertahun-tahun untuk mendapatkan status pegangan bebas bagi hartanah mereka.
00:45Katanya bagi menukar status berkenaan, selalunya perlu mengambil proses yang lama termasuk keputusan membabitkan majlis raja-raja.
00:55Kadeja Juno, FMT
Comments