Skip to playerSkip to main content
  • 21 hours ago
Five manufacturing subsectors were identified as being most affected by the impact of the energy crisis and global supply disruptions, according to Economy Minister Akmal Nasrullah Ahmad Nasir.

He said the sub-sectors included the automotive and components, food and beverages, plastics and packaging, chemicals and petrochemicals, and electrical and electronics.

Read more at https://tinyurl.com/2w95t39w

WATCH MORE: https://thestartv.com/c/news
SUBSCRIBE: https://cutt.ly/TheStar
LIKE: https://fb.com/TheStarOnline
Transcript
00:00For the MISWARAT, Majlis Tindakan Ekonomi Negara or M10 today, we have heard from the Persekutuan Pengelang-Pengelang Malaysia or
00:13Federation of Malaysian Manufacturers, FMM,
00:18with impact crisis energy and gangguan global damage against the industry of the country.
00:24Sektor pembuatan merupakan antara pemacu utama ekonomi negara, khususnya dari segi sumbangan kepada eksport, peluang pekerjaan, pelaburan serta rantaian bekalan
00:40domestik.
00:41Jadi pihak FMM telah mengadakan tinjauan yang melibatkan 225 syarikat daripada kira-kira 4,200 syarikat ahli FMM,
00:55yang mana tinjauan itu merangkumi 29 subsektor pembuatan, menunjukkan bahawa tekanan yang dihadapi industri adalah menyeluruh.
01:06Isu utama yang dibangkitkan meliputi bekalan bahan mentah, peningkatan kos logistik, tekanan aliran tunai, daya saing eksport, perancangan pelaburan serta
01:19keperluan mengekalkan guna tenaga.
01:22Dan menerusi tinjauan tersebut, FMM mengenalpasti lima subsektor yang paling terkesan iaitu otomotif dan komponen,
01:32makanan dan minuman, plastik dan pembukusan, kimia dan juga petrokimia serta elektrikal dan elektronik.
01:41Secara keseruannya, dapatan tersebut menunjukkan bahawa tekanan yang dihadapi industri pembuatan telah memberi kesan berangkai
01:51kepada kos pengeluaran, kelancaran operasi, penghantaran eksport dan keupayaan syarikat untuk mengekalkan momentum pertumbuhan.
02:02Jadi, kita bagi ruang kepada pihak industri untuk menyatakan pandangan mereka.
02:09Justru, di pihak kerajaan pula, kita sedia maklum bahawa perusahaan kecil dan sederhana atau PKS adalah lebih terdedah
02:20berikutan ruang kewangan mereka lebih terhad untuk menyerap tekanan kos yang berpanjangan.
02:28Sekiranya keadaan ini tidak ditangani secara berkesan, ia boleh menjejaskan output negara, prestasi eksport,
02:37pelaburan masa hadapan dan juga pendapatan isi rumah.
02:42Oleh itu, kerajaan telahpun menyediakan sokongan pembiayaan yang bersasar bagi membantu PKS
02:50mengekalkan aliran tunai, mengurus tekanan kos dan memastikan kesinambungan operasi.
03:00Sokongan ini termasuk SME Stabilization Relief Facility,
03:05yang mana SME SRF ini digerakkan oleh Bank Negara Malaysia
03:12berjumlah RM5 bilion bagi menyediakan pembiayaan modal kerja kepada PKS yang terkesan.
03:20Selain itu, kerajaan turut menyediakan sokongan jaminan pembiayaan kepada PKS
03:27melalui program syarikat jaminan pembiayaan perniagaan berhad ataupun SJPP
03:34merentas sektor ekonomi termasuk sektor pembuatan tertakluk kepada kelayakan skim.
03:41Jadi, kita juga bagi maklum balas kepada FMM bahawa SJPP ini juga layak untuk dimohon oleh industri pembuatan.
Comments

Recommended