00:00Gagasan Konsensus Nasional Baharu menerusi dokumen Reset Malaysia disifatkan sebagai tawaran politik dan dasar
00:08untuk membina semula negara berasaskan kepentingan rakyat pelbagai lapisan.
00:13Ahli Parlimen Indra Mahkota Saifuddin Abdullah berkata gagasan itu turut menjadi persediaan menghadapi PRU-16.
00:21Menurut beliau, Reset Malaysia bukan sekadar slogan politik,
00:26sebaliknya pelan untuk membawa Malaysia ke arah negara lebih maju, makmur dan stabil.
00:32Katanya konsep Reset bermaksud membetulkan kelemahan, menambah baik perkara yang baik dan memperbaharui perkara yang rosak.
00:40Gagasan yang diperkenalkan Hamzah Zainuddin itu dibina atas tiga tonggak utama
00:45iaitu matlamat bersama, kemakmuran bersama dan takbir urus berperi kemanusiaan
00:52termasuk fokus terhadap ekonomi rakyat, integriti dan kebajikan masyarakat.
00:58Saifuddin berkata, antara keutamaan gagasan itu ialah menangani kos sari hidup,
01:03menjamin makanan, pendapatan dan perumahan rakyat,
01:07serta memastikan pengagihan ekonomi dilakukan secara telus dan adil.
01:12Beliau berkata kemenangan dalam PRU-16 memerlukan sokongan pelbagai kaum dan politik yang stabil.
01:18Tegasnya, kepentingan negara perlu mengatasi kepentingan parti dan individu
01:24demi masa depan Malaysia yang lebih baik.
01:28Zahra Alam Yaya Syahir, FMT
Comments