00:0059.2% pekerja yang menjalani program saringan kesihatan HSP, Anjuran Pertubuhan Keselamatan Sosial Perkeso,
00:08bagi tempoh 2023 hingga 2025, didapati mengalami masalah berat badan berlebihan atau obesiti.
00:16Timbalan Menteri Sumber Manusia, Dato' Khairul Firdaus Akbarhan berkata,
00:20dapatan itu turut menunjukkan kira-kira 19% daripada mereka menghidap diabetes.
00:24Saringan tersebut juga mendedahkan 17.45% pekerja mempunyai tekanan darah tinggi.
00:31Beliau berkata analisis itu juga menunjukkan sekitar 59.24% yang menjalani saringan didapati mempunyai masalah kolesterol tinggi
00:40dengan profil risiko terlibat berada dalam kalangan pekerja berusia 40 hingga 59 tahun.
00:47Malah menurutnya, Kementerian Kesihatan juga mendedahkan hanya 14.7% warga emas di Malaysia ketika ini
00:54dapat mencapai tahap penuaan sejahtera.
00:57Khairul Firdaus berkata demikian ketika menyampaikan ucapan di Majlis Perasmian Program Perkeso Run and Ride 2026
01:05sempena Hari Pekerja 2026 di Putrajaya pada Ahad.
01:09Selamat menikmati.
Comments