Skip to playerSkip to main content
  • 5 hours ago
Kebakaran berjaya dikawal dan kesemua mangsa yang cedera dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan. Pihak berkuasa pengangkutan tempatan juga sedang memantau situasi itu dengan rapi.

Category

πŸ—ž
News
Transcript
00:00Sekurang-kurangnya 8 maut, manakala 25 lain cedera selepas sebuah kereta api melanggar bas awam sehingga terbakar di Bangkok pada
00:08Sabtu.
00:09Sesudah insiden itu, anggota bomba dan pasukan penyelamat dikerahkan apabila api marak membakar bas tersebut serta kenderaan berhampiran.
00:17Menurut pihak berkuasa, pasukan penyelamat mengeluarkan mangsa yang cedera daripada runtuhan sementara, pasukan bomba memadamkan kebakaran.
00:24Kebakaran dilaporkan berjaya dikawal dan kesemua mangsa yang cedera dikejarkan ke hospital.
00:29Lapor Bangkok Post, beberapa pengguna jalan raya lain termasuk kereta dan motosikal turut cedera dalam kejadian itu.
00:36Pihak berkuasa pengangkutan tempatan juga sedang memantau situasi dengan rapi dan punca kejadian masih dalam siasatan.
Comments

Recommended