Skip to playerSkip to main content
  • 8 hours ago
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghargai peranan guru dalam membentuk generasi yang memiliki kekuatan akhlak dan jiwa bagi mendepani cabaran dunia yang kompleks.

Category

πŸ—ž
News
Transcript
00:00Baik, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghargai peranan guru dalam membentuk generasi yang memiliki kekuatan ahlak dan jiwa bagi mendepani cabaran
00:08dunia yang kompleks.
00:09Menurut Perdana Menteri, tugas guru bukan sekadar menyampaikan ilmu tetapi juga untuk membina keyakinan, mengangkat maruah insan dan menanam harapan
00:19serta cita-cita dalam kehidupan.
00:23Perdana Menteri berharap guru-guru melihat secara positif sekiranya terdapat kritikan terhadap kepincangan dari segi moral kerana ia adalah sebahagian
00:31daripada masyarakat.
00:33Jadi sebab itu kalau terbeban dengan teguran dan kritikan sebahagian yang tidak adil, saya selut guru-guru kena terima dengan
00:44baik untuk bangkitkan dan pastikan generasi akan datang jauh lebih baik daripada yang kita harapkan.
00:51Ia terungkai dalam soal nilai kemanusiaan.
00:55Kalau lihat perdebatan yang di luar itu kadang-kadang luar pertimbangan yang dirangka, difikirkan, direnungkan dalam dunia pendidikan.
01:05Ini pendidikan apa dia? Matlamatnya.
01:08Menggali ilmu, meningkatkan mutu kefahaman masyarakat, anak-anak sekolah.
01:23Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan kali ke-55 di Kasuarina, Meru, Ipoh pada
01:32Sabtu.
01:32Turut hadir timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pendidikan Fadlina Siddiq dan Menteri Bersaperak Datuk Seri Sarani
01:40Mohamad.
01:41Dalam pada itu, Anwar berkata kerajaan Madani telah melaksanakan pelbagai inisiatif bagi kebajikan guru termasuk melaksanakan penyelenggaraan dan naik taraf
01:51bilik guru di 3,500 sekolah.
01:53Terdahulu, Fadlina mengumumkan peruntukan tambahan RM100 juta bagi melaksanakan penyelenggaraan dan menaik taraf bilik guru di seluruh negara selain RM50
02:04juta bagi penyelenggaraan kuartus guru.
Comments

Recommended