00:00Pembinaan tapak pelupusan sampah baru di Sampurna akan dipercepat bagi menangani isu pengurusan sisa yang semakin kritikal di daerah pelancongan
00:09itu.
00:10Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Mohd Arifi Mohd Arif berkata, tapak pelupusan sedia ada kini tidak lagi mampu
00:18menampung peningkatan jumlah sisa susulan pertumbuhan penduduk serta perkembangan sektor pelancongan.
00:27Menurutnya, Kerajaan Negeri telah mengenal pasti tanah baru bagi tujuan itu dan pelaksanaannya akan disegerakan sebaik proses di peringkat Kementerian
00:36Kewangan selesai.
00:37Isu sampah ini iaitu kita telah mendapat satu tanah untuk tempat pelupusan sampah dan ini akan kita laksanakan sebaik saja
00:54proses berkenaan selesai di peringkat Kementerian Kewangan
01:00dan perkara tersebut akan kita laksanakan segera kerana tempat pelupusan sampah yang ada sudah tidak memandai lagi.
01:10Selain itu, beliau berkata isu kebersihan termasuk sampah di laut dan darat turut menjadi fokus utama perbincangan bersama pihak berkuasa
01:18tempatan.
01:19Katanya, walaupun terdapat konsensi pembersihan di laut, usaha itu perlu dipekukuh dengan penlibatan dan kesedaran masyarakat setempat.
01:27Beliau berkata demikian ketika ditemui sempena jelajah aspirasi Menteri 2026 serta sesi taklimat bersama Majlis Daerah Sempurna pada Sabtu.
Comments