Skip to playerSkip to main content
  • 24 minutes ago
Rosmaini Abdul Raof didakwa atas dua pertuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap isterinya dengan menggunakan kerusi plastik, getah paip, penyangkut baju, dan penyangkut langsir pada Mac dan April lalu.
Transcript
00:00Seorang lelaki didakwa atas dua pertuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap isterinya dengan menggunakan kerusi plastik, ketah paip, penyangkut baju dan
00:11penyangkut langsir pada Mac dan April lalu.
00:14Tertuduh Rosmaini Abdul Rauf yang berusia 43 tahun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan dihadapan Hakim Najwa Cikmat di Mahkamah
00:22Session Sungai Petani pada Khamis.
00:26Mengikut kertas pertuduhan, Rosmaini didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah dengan menggunakan kerusi plastik dan getah paip terhadap isterinya Norfitri
00:36Moktar
00:36yang berusia 39 tahun di sebuah rumah di Bandar Amanjaya Sungai Petani kira-kira jam 5 petang 29 Mac lalu.
00:44Rosmaini turut didakwa melakukan kesalahan sama ke atas mangsa dengan menggunakan penyangkut baju dan penyangkut besi di lokasi sama kira
00:51-kira jam 9 pagi 23 April lalu.
00:55Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 326 Kanun Kesiksaan yang mana jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun
01:03dan dikenakan denda atau sebat yang dibaca bersama Seksyen 326A.
01:08Hakim kemudian menetapkan 16 Jun depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan tiada jaminan ditawarkan memandangkan tertuduh sedang menjalani hukuman
01:16di penjara kajang.
01:17Seorang wanita yang juga penjawat awam sebelum ini dilaporkan cedera di beberapa bahagian badan dipercayai dipukul suaminya sehingga menyebabkan mangsa
01:26mengalami keguguran.
01:27Suspek juga disahkan lelaki sama yang didapati bersalah menyebabkan kecederaan parah terhadap seorang wanita Jahidah Nordin dengan memukul kepala, muka
01:36dan tangan mangsa serta menendangnya dalam kejadian di Larking, Johor Bahru pada 2021.
01:45Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended