00:00Presiden PAS Hadi Awang mengajak UMNO bermuhasabah dan kembali ke pangkal jalan
00:06selepas didakwa tersalah memilih rakan politik dalam kerajaan perpaduan.
00:11Dalam tulisan Minda Presiden, Hadi mendakwa UMNO semakin lemah kerana meninggalkan
00:16asas perjuangan Islam dan Melayu selepas memilih bekerjasama dengan PKR dan DAP.
00:22Katanya kerjasama itu menyebabkan UMNO berpenyakit dan semakin lemah
00:27selain ramai dalam kalangan parti berkenaan menjadi bisu terhadap gejala negatif dan kemukaran
00:33kerana ingin menjaga kedudukan dalam kerajaan.
00:36Menurutnya PAS dan UMNO pada asasnya tidak jauh berbeza dari segi perjuangan berkaitan Islam
00:42walaupun mempunyai perbezaan dari segi tafsiran dan pendekatan.
00:46Namun beliau mendakwa UMNO menolak tawaran kerjasama PAS selepas PRU15
00:52kerana bimbang parti Islam itu lebih kuat dan kononnya akan membunuh UMNO.
00:58Hadi berkata dawaan itu tidak benar kerana kerjasama mereka sebelum ini
01:02berjaya memperkasakan Islam secara berperingkat
01:06namun kuasa politik umat Islam didakwa semakin lemah
01:09apabila UMNO memberi ruang kepada banyak parti kecil dalam kerajaan campuran.
Comments