00:03Amno Negeri Sembilan menyatakan kesediaan untuk terus kekal dalam kerajaan perpaduan di negeri itu.
00:09Namun, secara terbuka menjelaskan, hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Menteri Besar, Datuk Sri Aminuddin Harun.
00:17Setiausaha Badan Perhubungan Amno Negeri Sembilan, Datuk Mustafa Nagor menerusi satu kenyataan media pada Rabu memberitahu,
00:23keputusan untuk mengekalkan kerjasama dengan kerajaan perpaduan dibuat selaras dengan ketetapan pucuk pimpinan parti di peringkat pusat.
00:33Katanya, ia termasuk hasil keputusan Biro Politik Amno Malaysia serta Majlis Perundingan Pimpinan Amno Pakatan Harapan PH.
00:42Mustafa menegaskan, semua ahli Dewan Undangan Negeri Adun Amno Barisan Nasional akan terus menjalankan tanggungjawab seperti biasa,
00:50selain memperhebatkan usaha membantu rakyat dan menjaga kebajikan mereka.
00:55Bagaimanapun, jelasnya Amno Negeri Sembilan kekal hilang kepercayaan terhadap Aminuddin susulan kegagalan mengurus krisis yang disifatkan sebagai antara yang terburuk
01:04pernah berlaku di negeri itu.
01:06Menurut kenyataan itu, situasi berkenaan telah menjejaskan keyakinan rakyat terhadap institusi adat serta undang-undang tubuh kerajaan Negeri Sembilan.
01:15Sehubungan itu, Amno Negeri Sembilan berharap kemelut berkaitan kepimpinan adat yang sedang berlaku dapat diselesaikan secara harmoni berpandukan Undang-Undang
01:25Tubuh Negeri 1959 serta tata cara adat yang sebenar.
Comments