00:00Kenaikan kos terus menjadi tekanan terbesar kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana PMKS. Menurut kajian tinjauan perniagaan PMKS Malaysia 2026,
00:1157% daripada responden dalam kalangan PMKS meletakkan pertumbuhan hasil sebagai keutamaan untuk tempoh 12 bulan akan datang.
00:21Kajian tersebut dijalankan oleh platform kajian pasaran VASE AI. Ia berdasarkan tinjauan ke atas 415 responden daripada pelbagai sektor di
00:30Malaysia pada separuh pertama 2026.
00:32Kajian itu mendapati 67% PMKS menyenaraikan kenaikan kos sebagai tekanan utama perniagaan, diikuti kesukaran mendapatkan tenaga kerja yang sesuai
00:42sebanyak 43% serta cabaran menguruskan aliran tunai sebanyak 42%.
00:4825% responden berkata punca utama peningkatan kos ialah harga barangan atau bahan mentah, manakala 20% daripada mereka berkata,
00:58ia akibat kenaikan kos pembekal, manakala 16% menyebut perbelanjaan teknologi dan perisian.
01:06PMKS yang ditinjau turut mengambil beberapa langkah termasuk mencari pembekal alternatif, menyusun semula operasi dan menggunakan teknologi untuk meningkatkan kecekapan.
01:16Selain pertumbuhan hasil, 55% responden meletakkan peningkatan kecekapan operasi sebagai keutamaan, manakala 35% merancang untuk menghasilkan inovasi atau
01:27memperkenalkan produk dan perkhidmatan baru.
01:30PMKS juga berdepan cabaran dalam aspek tenaga kerja dengan 38% daripada responden berkata,
01:36produktiviti dan pengurusan prestasi menjadi cabaran terbesar mereka, diikuti peningkatan kos gaji dan faedah pekerja sebanyak 32% dan 30
01:45% menyebut faktor jurang kemahiran.
01:48Susulan itu, PMKS tempatan semakin melihat pasaran luar untuk mengembangkan perniagaan meskipun langkah itu datang dengan cabaran tambahan.
01:5551% daripada responden menyifatkan halangan berkaitan undang-undang, peraturan dan pematuhan sebagai cabaran utama,
02:03manakala 42% berkata, urusan logistik menjadi penghalang terbesar buat mereka.