00:00Pertubuhan Kesihatan Sedunia WHO mengeluarkan kenyataan berhubung hantar virus.
00:06Susulan kejadian wabak disyaki berlaku di sebuah kapal pesiaran mewah yang berlabuh di luar pantai Afrika Barat
00:13melibatkan kebanyakan penumpang dari Britain, Amerika Syarikat dan Spanyol.
00:18Pengarah Kesiapcagaan Wabak dan Pandemik WHO, Maria van Kerkove berkata,
00:24Organisasi itu sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa di Cape Verde dan Belanda
00:29selain operator kapal bagi memindahkan dua individu yang sedang sakit di atas kapal tersebut.
00:38Menurut pihak berkuasa, kira-kira 150 individu masih berada di atas kapal
00:43selepas tiga orang iaitu pasangan dari Belanda dan seorang warga Jerman dilaporkan meninggal dunia
00:49manakala beberapa yang lain jatuh sakit termasuk seorang warga Britain yang telah meninggalkan kapal
00:55dan sedang menerima rawatan di Afrika Selatan.
00:59Van Kerkove menegaskan risiko kepada orang awam adalah rendah sambil menjelaskan jangkitan biasanya berlaku
01:06melalui sentuhan dengan tikus yang dijangkiti atau melalui air kencing, najis dan air leonya.
01:13Jurucakap operator kapal yang berpangkalan di Belanda, Ocean Wide Expedition berkata,
01:18sebagai langkah berjaga-jaga, semua penumpang diarahkan kekal di dalam kabin masing-masing
01:24bagi mengelakkan sebarang penularan virus.
01:27Walaupun penularan antaramanusia jarang berlaku, tempoh inkubasi boleh mengambil masa beberapa minggu
01:33sekaligus menyebabkan sebagian individu mungkin belum menunjukkan sebarang gejala.
Comments