00:00Emiriyah Arab Bersatu UAE memaklumkan sistem pertahanan udaranya bertindak memintas ancaman peluru berpandu dan drone pada petang Isnin, susulan satu
00:11serangan yang mencetuskan kebakaran di zon utama industri minyak negara itu.
00:16Menurut kenyataan Kementerian Luar UAE, serangan berkenaan yang didakwa berpunca dari Iran disifatkan sebagai satu peningkatan serius dan ancaman langsung
00:26terhadap keselamatan negara.
00:28Menurut kenyataan itu, UAE menegaskan berhak menggunakan sepenuhnya hak yang sah untuk bertindak balas terhadap serangan itu.
00:37Dalam pada itu, beberapa penerbangan menuju ke UAE dilaporkan terpaksa dilencongkan ke masyarakat Oman, manakala pesawat lain berlega di ruang
00:45udara Arab Saudi, susulan gangguan besar terhadap trafik udara.
00:49Sementara itu, media kerajaan Iran yang memetik seorang pegawai kanan tentera melaporkan bahawa Teheran tidak mempunyai rancangan untuk menyasarkan UAE.
00:59Kementerian Pertahanan UAE sebelum ini memaklumkan bahawa pihaknya berjaya memintas tiga peluru berpandu Iran di ruang perairan wilayahnya, manakala satu
01:09lagi dilaporkan terhempas ke laut.
01:11Terima kasih telah menonton!
Comments