00:00Presiden AS Donald Trump melancarkan satu operasi baru dikenali sebagai Projek Freedom bagi membuka semula laluan perkapalan di Slat Hormuz
00:10sekaligus mencetuskan tindak balas keras Iran dalam usaha mengekalkan kawalan ke atas laluan tenaga strategik itu.
00:18Ketegangan memuncak apabila beberapa kapal komersial dilaporkan diserang.
00:26Perkembangan itu menandakan peningkatan konflik paling besar sejak gejata senjata diisytiharkan empat minggu lalu.
00:34Amerika Syarikat mendakwa telah memusnahkan enam bot kecil Iran namun dawaan itu dinafikan Tehran.
00:40Trump mengumumkan operasi berkenaan menerusi media sosial dengan matlamat membolehkan kapal-kapal yang terkandas merentasi Slat Hormuz dalam usaha pertama
00:50menggunakan kuasa tentera laut untuk membuka semula laluan perdagangan tenaga paling penting dunia.
00:56Bagaimanapun langkah itu dilihat tidak mencapai kesan segera apabila tiada peningkatan ketara trafik kapal dagang sebaliknya mencetuskan demonstrasi kekuatan oleh
01:06Iran yang mengancam akan melancarkan serangan baharu terhadap negara jiran jika ketegangan berterusan.
01:14Tentera Amerika Syarikat memaklumkan dua kapal dagang negara itu berjaya melalui silap berkenaan namun Iran menafikan sebarang lintasan berlaku.
01:23Komanda tentera Amerika di rantau itu Brad Cooper berkata armadanya telah memusnahkan enam bot kecil Iran dan memberi amaran keras
01:32kepada pasukan Iran agar menjauhi estet ketenteraan Amerika.
01:36Dalam perkembangan sama, Iran mengeluarkan peta kawasan laut yang didakwa kini berada di bawah kawalannya meliputi kawasan lebih luas termasuk
01:45sepanjang pantai UAE.
01:47Sementara itu, Korea Selatan melaporkan sebuah kapal dagang yang mengalami letupan dan kebakaran di dalam silap berkenaan.
01:56Agensi Keselamatan Maritim Britain turut memaklumkan dua kapal diserang berhampiran pantai UAE manakala syarikat minyak emiria, Adnok, mengesahkan sebuah kapal
02:06tangki kosong miliknya diserang drone Iran.
02:09Situasi diselap berkenaan kekal tidak menentu dengan kedua-dua pihak mengeluarkan kenyataan bercanggah sementara syarikat perkapalan utama dilaporkan masih menunggu
02:19situasi reda sebelum meneruskan pelayaran.
Comments