00:00Seterusnya, Kementerian Kesihatan KKM memperkukuh kesiap siagaan negara berhadapan ketidaktentuan rantaian bekalan global dengan menubuhkan pasukan petugas khas keselamatan ubat
00:11dan peranti perubatan sebagai pusat kawalan utama.
00:13Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Zulkifli Ahmad berkata, langkah itu diambil susulan cabaran dinamik global melibatkan krisis bekalan bahan mentah,
00:23krisis tenaga dan lonjakan kos logistik yang kian meruncing di seluruh dunia susulan ketegangan di Asia Barat.
00:32Beliau berkata pasukan itu kini melaksanakan pemantauan data secara masa nyata selain mempelbagaikan sumber pemerolehan ubat dari pasaran antarabangsa bagi
00:42memastikan bekalan negara kekal stabil.
00:45Pada masa sama, KKM sentiasa memastikan penimbal stok barisan harapan bagi ubat yang dikategorikan sebagai kritikal sentiasa kukuh dan mampu
00:54bertahan lebih daripada 60 hari demi melindungi pesakit.
00:58Zulkifli berkata perkara itu antara dibincangkan dalam sesi takdimat kepada Friends of Ministry FOM yang dipenguruskan beliau bagi menyelaras tindakan
01:08bersama-sama ahli parlimen dalam menjuarai isu kesehatan pada peringkat akar umbi.
01:14Dalam pertemuan itu, beliau menegaskan komitmen tidak berbelah bahagi kerajaan madani untuk memastikan rantaian bekalan ubat dan peranti perubatan negara
01:23kekal terjamin.
01:24Bagi mengurus krisis kelangsungan bekalan ubat secara proaktif, beliau berkata KKM telah mengaktifkan mekanisme amaran awal iaitu pembekal wajib melaporkan
01:34sebarang potensi kekurangan bekalan sekurang-kurangnya enam bulan lebih awal menjelang Julai 2026.
01:40Bagi bekalan peranti perubatan, pihak berkuasa peranti perubatan MDA telah memeterai perjanjian strategik dengan pihak berkuasa di China untuk menstabilkan
01:50bekalan bahan mentah pembuatan yang kritikal seperti resin dan nafta justru membolehkan penghilang tempatan beroperasi tanpa gangguan.
01:58Special Access Pathway turut disediakan bagi mempercepat kemasukan kelengkapan perubatan yang mendesak bagi memastikan kelancaran operasi di Dewan Bedah dan
02:08Hospital.
Comments