Skip to playerSkip to main content
  • 3 days ago
Kerajaan negeri Sabah konsisten dan tegas dalam perjuangan menuntut hak 40 peratus hasil negeri
Transcript
00:00Kerajaan Negeri Sabah konsisten dan tegas dalam perjuangan menuntut hak 40% hasil negeri.
00:07Timbalan Setiausaha Agong Gabungan Rakyat Sabah GRS, Dato' Armiza Mama Ali berkata,
00:11persepsi yang mengaitkan penolakan usul persendirian berhubung isu itu sebagai penolakan oleh Kerajaan Negeri atau GRS juga adalah tidak benar
00:21sama sekali.
00:21Dan atas keputusan Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, bukannya parti GRS yang menolak usul itu. Jadi ini kena betul.
00:33Yang kedua, ada seolah-olah menunjukkan, menyalahkan bahawa bila usul persendirian itu ditolak, salahnya adalah pada GRS.
00:46Dan yang kedua, seolah-olah persepsi Kerajaan Negeri, Dewan dan adun-adun yang lain menolak perjuangan 40%.
00:55Persepsi ini kena dipentulkan bagi saya kerana betul-betul jauh tersasar.
01:00Kita tahu bahawa Kerajaan Negeri Sabah khususnya konsisten terhadap perjuangan menuntut hak 40% ini.
01:09Bukan hanya dalam Dewan, bukan hanya luar Dewan, termasuk di mahkamah.
01:15Amin Zah menegaskan Kerajaan Negeri konsisten dalam menuntut hak 40% tersebut, termasuk melalui tindakan undang-undang dan perundingan rasmi
01:23dengan Kerajaan Persekutuan.
01:24Beliau turut menyatakan bahawa proses rundingan semasa menunjukkan perkembangan positif, termasuk sasaran peningkatan peruntukan hasil negeri daripada RM600 juta kepada
01:35sekurang-kurangnya RM3 bilion.
01:37Menurutnya, pengiktirafan terhadap hak 40% Sabah juga telah dinyatakan di peringkat Persekutuan, sekaligus menunjukkan komitmen terhadap penyelesaian isu berkenaan.
01:48Beliau pada masa sama menempelak tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri Adun Kapayan, Chin Teg Ming, yang mengumumkakan usul persendirian dalam
01:55sidang don minggu lalu.
01:57Armizah menunjukkan tindakan itu sebagai cubaan warisan untuk menunjukkan diri sebagai pejuang utama dalam isu berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 MA63.
02:10Usul berkenaan bagaimanapun ditolak Speaker Dun Sabah.
Comments

Recommended